MENU

 

PEMBUKAAN TAPAK PASAR MALAM PERSIARAN 10 (BERHADAPAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN BATU GAJAH)

Tapak pasar malam baru akan dibuka di Batu Gajah Perdana Persiaran 10 (Berhadapan  Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Gajah) akan beroperasi pada setiap hari Rabu bermula 29 Januari 2020 pada jam 4.30 Petang - 9.30 Malam. Jumlah tapak yang diperuntukan ialah 130 tapak.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Penjaja Kecil Melayu Perkasa (PPKMP)  mempelawa kepada semua yang berminat  untuk  mengambil borang permohonan di Bahagian Pelesenan, Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Daerah Batu Gajah.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Kamal Bin Razali ( 018-2129522) untuk maklumat lanjut.

SYARAT KELAYAKAN DAN SYARAT  PERMOHONAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Satu(1) salinan Kad pengenalan (muka hadapan & belakang)
  4. Satu(1) salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan/Syarikat (SSM)
  5. Dua(2) keping gambar berukuran pasport
  6. Satu(1) salinan Surat/Resit daripada persatuan
  7. Satu (1) salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan
  8. Satu(1) salinan Surat/Kad Suntikan Typhim/Thypoid
  9. Bayaran proses Rm10.00