MENU

Fungsi Utama Bahagian Pelesenan, Jabatan Kesihatan Awam & Perkhidmatan Perbandaran

Memproses dan mempertimbangkan semua jenis lesen perniagaan mengikut kategori berikut :

  • Permohonan Lesen Tred Perniagaan
  • Permohonan Lesen Perniagaan (Berisiko)
  • Permohonan Lesen Untuk Penjaja
    • Penjaja Satik / Beredar
    • Lesen Gerai / Pasar
    • Penjaja Pasar Malam / Pasar Sehari
  • Permohonan Lesen / Permit Sementara
  • Permohonan Lesen Iklan / Kain Rentang
    • Lesen Iklan Kekal
    • Permit Iklan Jangka Pendek

Cara Memohon Lesen Serta-Merta Untuk Pelbagai Tred

 Borang hendaklah diisi dengan terang dan tanda ( / ) dalam kotak-kotak berkenaan serta kembalikan borang ini di Kaunter Pelesenan Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran, Bangunan Pejabat Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG). Hanya permohonan lengkap sahaja yang di terima dan diproses serta-merta untuk pengeluaran lesen dan bayaran proses adalah sebanyak RM10.00. Setiap permohonan lesen akan diberi jawapan melalui surat oleh pihak Majlis dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan.

Lesen Perniagaan (Kategori Berisiko)

Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap berserta gambar berukuran passport serta mengemukakan dokumen-dokumen mengikut senarai semak permohonan lesen perniagaan. Permohonan perlu dirujuk kepada Agensi Teknikal (Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) bagi mendapatkan surat sokongan terlebih dahulu daripada Jabatan sebelum mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pelesenan MDBG.  Bayaran memproses permohonan adalah sebanyak RM 10.00. Setiap permohonan lesen akan diberi jawapan melalui surat oleh pihak Majlis dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan.

 

Senarai Semakan Permohonan Lesen Premis Perniagaan dan Iklan MDBG

* Peringatan: borang dan senarai semak permohonan boleh dimuat turun link di bawah :

Senarai Semak & Borang

 

Senarai Semakan Permohonan Lesen Untuk Penjaja

Pemohon dikehendaki mengemukakan :

  • Satu salinan kad pengenalan pemohon
  • 2 keping gambar berukuran passport
  • Satu salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan / Syarikat SSM)
  • Pelan lokasi / tapak perniagaan ( bagi permohonan penjaja statik sahaja)
  • Gambar lokasi tapak perniagaan
  • Salinan lesen memandu ( sertakan gambar kenderaan jika menggunakan kenderaan bermotor / kereta tolak.
  • Satu salinan Sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan (perniagaan yang melibatkan makanan dan minuman)
  • Satu salinan surat suntikan (perniagaan yang melibatkan makanan dan minuman)
  • Surat kebenaran tuan tanah jika tanah persendirian (Penjaja Statik) Syarat-syarat Pelesenan
  • Membayar / memperbaharui fee lesen pada setiap tahun
  • Mematuhi Undang-Undang Kecil Majlis yang berkaitan.
  • Pemeriksaan Kesihatan (jika perlu)
  • Menjalankan perniagaan hanya di tempat yang dibenarkan.

 

Pembaharuan Lesen Premis Perniagaan Dan Iklan

Sebelum pelesen yang meneruskan perniagaan hendaklah membaharui Lesen secara sah bagi mengelakkan dikompaun dan denda. Pelesen dikehendaki datang sendiri ke Kaunter Pelesenan MDBG untuk membuat pembayaran. Semua urusan pembaharuan lesen harus dilakukan sebelum atau pada tarikh tamat tempoh sah laku lesen setiap tahun. Lesen yang tidak diperbaharui akan diambil tindakan penguatkuasaan Undang-Undang tanpa sebarang notis.

Syarat-Syarat Kesihatan Bagi Permohonan Lesen Perniagaan Premis Yang Melibatkan Makanan Dan Minuman :

  • Wajib menghadiri Kursus Asas Pengendalian Makanan. Tuan punya premis dan semua pekerja yang terlibat dengan pengendalian makanan wajib menghadiri kursus / latihan pengendalian makanan dari institusi latihan yang diiktiraf oleh Majlis.
  • Wajib mendapatkan suntikan Pelalian Terhadap Demam Kepialu ( Typhoid Fever). Tuan punya premis bertanggungjawab memastikan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengendalian makanan menjalani pemeriksaan perubatan dan mengambil vaksinasi terhadap demam kepialu daripada klinik kerajaan atau swasta yang diiktiraf oleh Majlis.
  • Semua salinan asal perlu disimpan sama ada oleh pemilik premis atau pengendali makanan untuk pemeriksaan dari masa ke semasa.
  • Sesalinan bukti laporan pemeriksan perubatan dan pemberian suntikan vaksinasi terhadap demam kepialu ( Typhoid Fever) serta bukti menghadiri Kursus Pengendalian Makanan hendaklah dikemukakan kepada Majlis semasa mengemukakan permohonan lesen.
  • Semua premis perniagaan makanan dan kilang makanan dikehendaki mematuhi pengurusan sisa gris dan membuat pemasangan perangkap minyak yang ditetapkan oleh pihak Majlis.

Cara Permohonan Lesen Iklan Jangka Pendek :

  • Pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan dan mengemukakan gambar visual iklan sebenar yang hendak dipamirkan dan satu salinan Pendaftaran Syarikat SSM
  • Gambar Visual iklan tersebut perlu mendapat pengesahan bahasa daripada Pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka melalui laman web Laman web : http://www.dbp.gov.my melalui Emel : knbutara [at] dbp [dot] gov [dot] my (knbutara[at]dbp[dot]gov[dot]my) / ritah [at] dbp [dot] gov [dot] my (ritah[at]dbp[dot]gov[dot]my) / aishah3 [at] dbp [dot] gov [dot] my (aishah3@[at]dbp[dot]gov[dot]my) dan Faks : 03-21479609 /04-5377245 (No.Telefon : 03-21479500/9600)
  • Pegawai Pelesenan akan memberikan kelulusan setelah berpuashati dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi di dalam iklan. Setelah pemohon menjelaskan bayaran, iklan tersebut akan diberi pelekat untuk ditampal ke kain rentang dan gegantung.
  • Pemohon akan dikenakan bayaran wang cagaran sebanyak RM100.00 dan wang cagaran tersebut perlu dituntut oleh pemohon sebaik sahaja tamat tempoh iklan selepas menurunkan kain rentang / gegantung. Jika tidak diturunkan iklan kain rentang / gegantung, wang cagaran tersebut tidak layak dituntut kerana melanggar syarat-syarat pelesenan

 

Tempat Atau Kawasan Yang Dilarang Untuk Menggantung Iklan

Iklan yang diluluskan hendaklah digantung di tempat yang sesuai di antara kawasan yang tidak dibenarkan untuk menggantung iklan ialah :

  • Tempat-tempat yang telah ditentukan sahaja kawasan larangan menggantung iklan ( Cth : tanda ‘ Stick No Bill / Dilarang menampal pelekat) 
  • Tempat-tempat awam seperti pondok telefon, tiang telefon, tiang elektrik, pili bomba, papan tunjuk arah, lampu isyarat tanda jalan, pokok-pokok tanaman dan hiasan di tepi jalan.
  • Iklan tidak dibenarkan menghalang pandangan pengguna jalan raya, menghalang laluan awam dan digantung di tempat yang boleh membahayakan orang awam.
  • Bangunan–bangunan kerajaan, harta-harta awam, pokok-pokok.