MENU

Carta Organisasi Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)

 

Fungsi Utama Bahagian Teknologi Maklumat :

  • Pentadbiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan pengurusan komunikasi ICT MDBG
  • Pengurusan dan pembangunan sistem dan aplikasi ICT MDBG
  • Pengurusan Rangkaian dan Teknikal ICT MDBG

 

Aktiviti Bagi Fungsi-Fungsi Utama

Pentadbiran ICT dan pengurusan komunikasi ICT MDBG :

  • Merancang hala tuju ICT MDBG dengan mewujudkan dan melaksanakan Pelan Strategik ICT MDBG dan Dasar Keselamatan ICT MDBG
  • Merancang, membangun, melaksana dan memantau serta memastikan laman web dan perkhidmatan online MDBG sentiasa dikemaskini
  • Merangka dan menjayakan program latihan ICT
  • Menjadi urus setia mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan ICT

 

Pengurusan dan pembangunan sistem dan aplikasi ICT MDBG :

  • Merancang, melaksana dan memantau sistem ICT Persekutuan dan Negeri
  • Merancang dan membangun serta melaksanakan perolehan sistem ICT mengikut keperluan MDBG
  • Menyelenggara sistem ICT yang digunapakai di MDBG
  • Menguruskan akses kepada sistem ICT yang digunapakai di MDBG

Pengurusan Rangkaian dan Teknikal ICT MDBG :

  • Melaksanakan penyelenggaraan peralatan ICT mengikut keperluan
  • Merancang dan melaksanakan penyelenggaraan pencegahan
  • Merancang keperluan dan melaksana jaringan rangkaian ICT MDBG
  • Memantau dan menyelenggara jaringan rangkaian ICT MDBG
  • Menguruskan pusat penyimpanan / pengurusan data digital dan bilik pelayan (server)
  • Memberi khidmat nasihat perolehan peralatan ICT
  • Menguruskan inventori peralatan ICT gantian