MENU

Bertanggungjawab bagi menguatkuasakan akta-akta dan undang-undang kecil yang diterimapakai oleh Majlis Daerah Batu Gajah serta mendidik dan melatih penduduk di kawasan Majlis agar mematuhi segala undang-undang sedia ada.

Fungsi Utama Jabatan Penguat Kuasa

  • Menguatkuasa peruntukan undang-undang di bawah Akta dan Undang-undang kecil
  • Mengeluarkan kompaun dan notis bagi kesalahan yang melanggar peruntukan, akta dan Undang-Undang Kecil Majlis
  • Mendidik dan melatih penduduk mematuhi undang-undang melalui pendekatan penguatkuasaan yang Mesra Rakyat
  • Pemilik dan penghuni di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dikehendaki membersih lot tanah kosong yang ditinggalkan terbiar dalam keadaan semak samun. Sek 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kompaun sebanyak RM500.00 kepada pemilik/penghuni yang gagal membersihkan lot tanah kosong terbiar. Oleh yang demikian tuan/puan dinasihatkan supaya menjalankan kerja-kerja pembersihan secara berjadual sekurang-kurangnya sebulan sekali.
  • Bahagian Penguat Kuasa juga menyediakan borang permohonan Lesen Anjing bagi pemilik-pemilik anjing di kawasan. Tag/Lencana bagi anjing yang telah dilesenkan Majlis Daerah Batu Gajah tertakluk di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Batu Gajah) 1985. Permohonan lesen anjing ini cuma memerlukan bayaran sebanyak RM10.00 dan akan dibekalkan lencana untuk dipakai pada anjing tersebut.