MENU

 

:: OBJEKTIF KUALITI ::

  1. JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
     
    1. Untuk memastikan penjawat awam MDBG memenuhi syarat kursus 7 hari dalam tempoh setahun.
    2. untuk memastikan pengesahan jawatan bagi anggota-anggita Majlis Daerah Batu Gajah yang berstatus tetap dalam tempoh 45 hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Lembaga Perlantikan dan Tatatertib bersidang.
    3. Untuk  memastikan pemberian taraf berpencen bagi pekerja yang telah disahkan dalam jawatannya dan tidak memilih skim KWSP hendaklah dihantar ke JPA sebulan sebelum genapnya tiga (3) tahun perkhidmatannya.
    4. Untuk memastikan tempahan kenderaan jabatan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh penggunaan.
       
  2. JABATAN PERBENDAHARAAN
     
    1. Memastikan kutipan dan perbelanjaan semasa mencapai 90% daripada Belanjawan Tahunan.
    2. Untuk memastikan bayaran diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dokumen sokongan lengkap dikemukan.
    3. Untuk memastikan Pesanan Kerajaan dikeluarkan dalam tempoh 4 hari bekerja selepas kelulusan belian diperolehi.(Perolehan Bekalan)  
    4. Untuk memastikan Pesanan Kerajaan dikeluarkan dalam tempoh 4 hari bekerja selepas kelulusan belian diperolehi.(Perolehan Perkhidmatan)
    5. Untuk memastikan Pesanan Kerajaan dikeluarkan dalam tempoh 4 hari bekerja selepas kelulusan belian diperolehi.(Perolehan Kerja)
       
  3. JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
     
    1. Untuk memastikan penilaian harta baru dibuat dalam tempoh 30 hari  bekerja daripada tarikh lawat periksa bagi pengeluaran SLM / sokongan CCC 
    2. Untuk memastikan cadangan kadar cukai taksiran dihantar ke bahagian Kerajaan Tempatan sebelum / pada 30 April setiap tahun.
    3. Untuk memastikan proses pindahmilik yang lengkap dibuat dalam temph 5 hari bekerja.
    4. untuk memastikan cukai tanah bagi harta majlis dibayar sebelum 31 Mei setiap tahun.
    5. Untuk memastikan bayaran sewaan dibayar 100% sebelum Dewan Bandaran, Arena Square dan Dataran Orkid digunakan.