MENU

 

  1. JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN
    1. Memastikan aktiviti pemotongan rumput dan pembersihan longkang sentiasa dilaksana dengan baik dan mencapai tahap prestasi 95% ke atas.
    2. Memastikan aktiviti pemungutan dan pengangkutan sampah dan sisa buangan lain dalam kawasan Majlis Daerah Batu Gajah (Zon A - SImpang Pulai, (Zon B - Sipueth/Tronoh), dan (Zon C - Lahat) dilaksanakan mengikut spesifikasi kontrak dan mencapai tahap prestasi 95% ke atas.
       
  2. JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA
     
    1. Memberi kelulusan kebenaran merancang, pemaju tanah (pelan susunatur skim perumahan, oerindustrian, petanian dan perdagangan) dalam tempoh 57 hari (bagi perkara nombor 15 - Lampiran A Piagam OSC) atau 108 hari (bagi perkara nombor 8, 9, 13 & 14 - Lampiran A Piagam OSC), atau 7 hari setelah Mesyuarat Jawatankuasa OSC bersidang serta mematuhi garis panduan perancangan. 
    2. Untuk memastikan proses permohonan tukar syarat tanah diuruskan  di dalam tempoh 25 hari dengan syarat ianya mematuhi kehendak garis panduan perancangan.
    3. Prosedur ini adalah bertujuan untuk memastikan kelulusan pelan-pelan Kebenaran Merancang Pemajuan Bangunan mematuhi peraturan dan menepati kehendak-kehendak yang telah ditetapkan di dalam undang-undang dan garis panduan perancangan dalam tempoh 108 hari (bagi perkara no. 8 & no. 13 – Lampiran A Piagam OSC) serta surat kelulusan dalam tempoh 7 hari setelah Mesyuarat Jawatankuasa OSC bersidang.
    4. Memastikan proses kelulusan permohonan kebenaran merancang penubuhan tadika/taska/pusat jagaan dilaksanakan di dalam tempoh 57 hari serta mematuhi garis panduan perancangan.
       
  3. UNIT UNDANG-UNDANG
    1. Untuk memastikan setiap kes pendakwaan Akta 333 dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri untuk semakan dan kebenaran mendakwa dalam tempoh 60 hari bekerja.
    2. Untuk memastikan tindakan pewartaan Undang-undang Kecil atau Perintah atau Kaedah atau Peraturan atau Pindaan Undang-Undang Kecil dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh 60 hari bekerja sebelum dibentang dalam Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Batu Gajah. 
    3. Untuk memastikan setiap saman mahkamah disampaikan kepada Orang Kena Saman (OKS) sehari sebelum tarikh sebutan.