MENU
  1. JABATAN PENGUATKUASAAN
    1. Untuk memastikan rondaan halangan tempat awam dijalankan di 25 kawasan seminggu bersamaan 100 kawasan untuk sebulan.
    2. Untuk memastikan pemeriksaan premis perniagaan dijalankan di 25 premis dalam seminggu bersamaan 100 premis untuk sebulan.
    3. Untuk memastikan kompaun tempat letak kereta dikeluarkan sebanyak 30 kompaun sehari bagi setiap anggota bersamaan dengan 900 kompaun sebulan bagi setiap anggota.
    4. Sebagai kaedah untuk memberi ruang dan peluang kepada OKS membuat rayuan terhadap kompaun yang dikenakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan.
    5. Untuk memastikan pembayaran bulanan sewa petak tempat letak kereta dibayar setiap bulan.
       
  2. BAHAGIAN PELESENAN
     
    1. Memastikan permohonan Lesen Premis Perniagaan (Kategori Berisiko) diproses dan diselesaikan dalam tempoh 60 hari
    2. Memastikan semua permohonan penamatan lesen pernigaan diambil tindakan dalam tempoh 30 hari bekerja
    3. Memastikan proses, kelulusan dan pengeluaran lesen bagi kategori tidak berisiko (perniagaan terpilih) dilaksanakan serta merta.
    4. Memastikan permohonan lesen iklan jangka pendek diproses secara teratur serta diberi kelulusan segera.
       
  3. JABATAN KEJURUTERAAN
     
    • PROJEK PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
      1. Untuk memastikan prosedur sebutharga bagi penyelenggaraan infrastruktur sehingga ditawarkan kepada kontraktor dilaksanakan dalam masa 5 minggu (hari bekerja).
      2. Untuk memastikan keputusan permohonan lampu awam diberi kepada pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja.
      3. Untuk memastikan surat kelulusan permit kerja dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas bayaran dibuat oleh pemohon.
         
    • KAWALAN BANGUNAN
      1. Untuk memastikan keputusan permohonan pelan bangunan awam, bangunan komersial, institusi pengajian, skim perumahan, skim perusahaan & industri dibuat dalam tempoh 69 hari melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat selepas semua syarat-syarat dipatuhi.
      2. Untuk memastikan keputusan permohonan pelan jalan dan perparitan dibuat dalam tempoh 57 hari melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat selepas semua syarat- syarat dipatuhi.
      3. Untuk memastikan keputusan permohonan pelan kerja tanah dibuat dalam tempoh 57 hari melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat selepas semua syarat-syarat dipatuhi
      4. Untuk memastikan keputusan permohonan pelan rumah kediaman sesebuah diberi dalam tempoh 69 hari melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat selepas semua syarat-syarat dipatuhi.
      5. Untuk memastikan permohonan kelulusan permit sementara diberikan dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 hari selepas mematuhi semua syarat-syarat bagi permohonan yang tidak melibatkan ulasan teknikal dalaman dan luaran.