MENU

 

Menjamin layanan yang penuh mesra dan berkualiti serta menjunjung tinggi sikap profesionalisme dalam setiap urusan

  • Menjamin untuk memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, pembangunan lestari dan mapan ke arah mencapai misi, visi dan objektif kualiti majlis.
  • Menjamin bil cukai taksiran am akan dikeluarkan tidak lewat dari 15 januari bagi penggal pertama dan 15 julai bagi penggal kedua setiap tahun
  • Menjamin permohonan lesen premis perniagaan (kategori berisiko) diproses dan diselesaikan dalam tempoh 60 hari, manakala bagi lesen premis perniagaan (kategori tidak berisiko) dikeluarkan kelulusan sementara dalam tempoh 7 hari
  • Menjamin untuk memastikan 30 jenis permohonan yang diterima di kaunter osc diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan
  • Menjamin semua tuntutan pembayaran disempurnakan dalam tempoh 5 hari bekerja dengan syarat semua dokumen lengkap dikemukakan.

 

PIAGAM PELANGGAN JABATAN / UNIT

UNIT KORPORAT & PERHUBUNGAN AWAM

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut :

  • Memantau isu-isu/maklumbalas mengenai Jabatan melalui akhbar-akhbar serta internet dan membuat keratan akhbar kepada isu-isu, merekod dan mengedarkan untuk makluman pihak pengurusan setiap hari;
  • Mengeluarkan akuan penerimaan aduan awam dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  • Menyelaras dan mengagihkan aduan awam yang diterima untuk tindakan selanjutnya kepada Jabatan/Unit dalam tempoh satu (1) hari bekerja;
  • Menjawab tindakan yang diambil terhadap aduan awam dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja;
  • Menjawab panggilan telefon tidak melebihi dari tiga (3) kali deringan
  • Menerbitkan buletin MDBG setiap 2 bulan;

 

JABATAN PERBENDAHARAAN

  • Membuat kutipan di kaunter dalam tempoh 3 minit dengan menjanjikan perkhidmatan kaunter yang cekap, berkualiti dan mesra pelanggan.
  • Menyediakan Pesanan Tempatan selewat-lewatnya 4 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap dikemukakan.
  • Semua tuntutan pembayaran disempurnakan dalam tempoh 5 hari bekerja dengan syarat dokumen sokongan lengkap dikemukakan.
  • Memproses dan meluluskan permohonan Pinjaman Kenderaan dan Pinjaman Komputer dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap dikemukakan.
  • Menyediakan Anggaran Belanjawan sebelum 31hb. Ogos.
  • Menyediakan dan mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan Majlis ke Jabatan Audit Negeri selewat-lewatnya bulan April tahun berikutnya.

 

BAHAGIAN PERANCANG BANDAR & DESA

Berusaha untuk mewujudkan perancangan yang berkualiti dengan menyediakan serta membekal maklumat-maklumat perancangan dan kawalan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Batu Gajah kepada orang ramai dengan cepat, tepat dan mesra.

  • Memberi ulasan dan pandangan kepada permohonan pecah sempadan tanah, tukar syarat, pecah bahagian, cantuman tanah dan permohonan tanah dibuat dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan dengan syarat ianya lengkap dan mengikut kaedah-kaedah pengawalan perancangan am negeri perak.
  • Memberi ulasan dan pandangan permohonan pelan-pelan pembangunan dibuat dalam tempoh (1) minggu dengan syarat ianya lengkap dan mematuhi kehendak undang-undang.
  • Memperaku kelulusan pelan pinta ukur yang lengkap dalam tempoh dua (2) minggu.

 

BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN

Berusaha Meningkatkan Kualiti Kesihatan Persekitaran Dalam Kawasan Majlis Daerah Batu Gajah Bagi Mewujudkan Kawasan Yang Bersih, Indah, Permai, Teratur Dan Dinamik.

  • Memberi perkhidmatan pungutan sampah pada setiap hari di pusat bandar
  • Memberi perkhidmatan pungutan sampah 3x semiggu di kawasan kediaman.
  • Memberi perkhidmatan menyapu jalan pada setiap hari di pusat Bandar.
  • Memberi perkhidmatan memotong rumput dua ( 2 ) Kali sebulan di laluan protokol dan satu ( 1 ) kali sebulan di kawasan  kediaman / taman – taman perumahan.
  • Aktiviti pembersihan longkang sebulan sekali di kawasan kediaman dan pusat Bandar.
  • Memastikan aktiviti kesihatan persekitaran dilaksanakan seperti perangcangan bulanan.
  • Mengambil tindakan terhadap aduan – aduan yang diterima selewat –lewatnya tiga ( 3 ) hari bekerja dari tarikh aduan.

 

BAHAGIAN PELESENAN

Kami berjanji dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cekap di dalam menjalankan tugas-tugas mengikut piawaian yang berikut :

1.

Kelulusan Permohonan Lesen Komposit Perniagaan dan Iklan Yang Tidak Berisiko

Serta-merta
* Proses Fast -Track

2.

Kelulusan Permohonan Lesen Perniagaan Yang Berisiko

30 hari-60 hari (Proses melalui  Mesyuarat Jawatankuasa)

3.

Kelulusan Permohonan Lesen Aktiviti Hiburan dan Pusat Hiburan

30 hari

4.

Kelulusan Permohonan Tadika/Taska

14 hari

5.

Kelulusan Permohonan Lesen Gerai/Sewaan Harta Majlis

30 hari

6.

Kelulusan Permohonan Permit Sementara

3-5  hari

7.

Pembaharuan Lesen Perniagaan dan Iklan

Serta-merta

8.

Kelulusan Permohonan Pembatalan Lesen Perniagaan dan Tuntutan Wang Cagaran

5 hari

9.

Lesen Penjaja (Beredar,Bermusim,Tepi Jalan, Pasar Malam,Bazar, Pasar Tani, Pusat Penjaja)

14 hari

10.

Lesen Iklan Jangka Pendek (Banting,Sepanduk, Belon, Paparan Sementara)

Hari yang sama

 

JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA

Menilaikan harta berkadar untuk maksud cukai taksiran secara adil dan wajar.

  • Memberi keputusan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh penerimaan bantahan daripada pembayar cukai.
  • Mengeluarkan bil cukai taksiran kepada pemilik harta berkadar selewat-lewatnya pada 15 Januari, (1/2 Penggal Pertama) dan 15 Julai (1/2 Penggal Kedua)
  • Menyediakan jawapan bertulis bagi carian maklumat harta dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Menyerahkan notis pindaan penilaian kepada pemilik harta berkadar selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari bekerja sebelum tarikh berkuatkuasa.

 

UNIT UNDANG-UNDANG

  • Memberi perkhidmatan perundangan selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada dengan mengambil kira dasar Majlis Daerah Batu Gajah dan kepentingan awam dalam tempoh 14 hari.
  • Mendaftarkan kes tindakan mahkamah dengan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri  dalam tempoh masa 60 hari bekerja dengan mengambil kira semua faktor dan kerjasama jabatan yang terlibat.

 

JABATAN PENGUATKUASAAN

Berusaha untuk mewujudkan suasana yang aman, tersusun dan harmoni kepada semua penduduk di dalam kawasan Majlis Daerah Batu Gajah.

  • Mengambil tindakan dalam tempoh 7 hari ke atas aduan yang benar wujud.
  • Membuat rondaan ke atas petak letak kereta setiap 15 minit sekali.
  • Memastikan kompaun tempat letak kereta dikeluarkan sebanyak 10 kompaun sehari bagi setiap anggota.
  • Memastikan rondaan halangan tempat awam dijalankan di 25 kawasan seminggu.
  • Memastikan pemeriksaan premis perniagaan dijalankan di 25 premis dalam seminggu.
  • Memastikan pembatalan dan pengurangan kompaun Akta 333, Akta 171 dan Akta 133 adalah 7 hari tarikh borang pembatalan dan pengurangan diterima.

 

JABATAN KEJURUTERAAN

  • Memproses tender dan sebutharga sehingga ditawarkan kepada kontraktor dalam masa 5 minggu.
  • Proses tuntutan bayaran kontraktor atau pemborong kepada Jabatan Perbendaharaan selama 10 hari.
  • Permohonan tuntutan pelepasan wang pertaruhan atau jaminan bank atau jaminan insurans bagi projek-projek Majlis dalam tempoh 7 hari.
  • Permohonan kelulusan permit memasang kabel dan mengorek jalan untuk kerja-kerja utility dalam masa 14 hari.
  • Permohonan lampu awam diproses dalam tempoh 21 hari samada permohonan diluluskan atau ditolak.

 

BAHAGIAN LANDSKAP

Penempahan peralatan :

  • Memastikan bilangan peralatan yang dibekalkan menepati kehendak pelanggan dan kadar pemulangan peralatan adalah 100% seperti yang diluluskan.

Permohonan kelulusan pelan landskap :

  • Untuk memastikan permohonan kelulusan pelan landskap diberi dalam tempoh 57 hari selepas semua syarat-syarat dipatuhi.