MENU

BATU GAJAH - Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) bakal meneruskan kempen hari tanpa beg plastik ke semua 24 zon seliaannya secara berperingkat.

Yang Dipertua (YDP) MDBG berkata,  Mohamad Razif Ramli berkata, setiap kaunselor di zon masing-masing akan mengetuai kempen berkenaan, khususnya ketika menganjurkan program-program kemasyarakatan di kawasan masing-masing.

"Kita ada 24 zon. Pasar Awam ini berada di zon tiga dan kita ada pasaraya di sini.  Jadi kita bermula di sini. Selepas ini, kita akan teruskan lagi kempen ini di kawasan-kawasan lain pula.

"Secara keseluruhannya, kita nak didik kesedaran dalam kalangan masyarakat agar tidak guna beg plastik yang tak pupus, tetapi sebaliknya gunakan beg yang boleh dikitar semula," katanya.

Mohamad Razif berkata demikian pada sidang media sempena Program Local Agenda 21 hari tanpa beg plastik yang tidak lupus di Pasar Awam Batu Gajah, pagi tadi.

Pada program berkenaan, pihak MDBG turut menandatangani perjanjian persefahaman (MOU), bersama pasaraya TF Value Mart Batu Gajah berhubung kempen berkenaan.

Difahamkan sebanyak 400 beg plastik kitar semula diedarkan kepada orang ramai sempena program berkenaan.

Sementara itu, Mohd Razif berkata kempen berkenaan masih dalam peringkat  pendidikan selain memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Katanya, kerajaan negeri juga masih belum membuat keputusan berhubung perkara berkenaan.

"Sebenarnya kempen hari tanpa beg plastik ini dah mula lama, tetapi bagi pihak MDBG, ia adalah kempen pertama yang kita buat," katanya.

SUMBER : SINAR HARIAN