MENU

 

PEMULANGAN SEMULA WANG PERMIT BAZAR RAMADAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH BAGI TAHUN 2020

Merujuk kepada pengumuman Kerajaan Negeri Perak berkenaan Pembatalan Bazar Ramadan bagi tahun 2020 dalam usaha menyekat penularan wabak COVID 19, pihak Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) mengambil inisiatif melaksanakan proses pemulangan semula (refund) wang bayaran permit yang telah dijelaskan oleh peniaga sebelum wabak COVID-19 ini.

Tuan/puan perlu melengkapkan butiran maklumat dan memuat naik dokumen yang diperlukan (penyata bank, kad pengenalan dan salinan akuan pembayaran) di pautan di bawah bagi tindakan selanjutnya. Permohonan boleh dilaksanakan mulai 14 April 2020.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai di Unit Gerakan COVID -19 Majlis Daerah Batu Gajah melalui talian Hotline 05-363 2020 atau Whatsapp 011-28991647 pada waktu operasi jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

PEMULANGAN SEMULA WANG PERMIT BAZAR RAMADAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH BAGI TAHUN 2020