MENU

 

S.M.A.R.T NIAGA @ PERAK

Selepas kejayaan inisiatif S.M.A.R.T Iftar @ Perak, Kerajaan Negeri Perak memperkenalkan satu lagi inisiatif e-dagang, ‘S.M.A.R.T Niaga@Perak’ melalui Digital Perak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Inisiatif terbaru ini digerakkan dengan kerjasama syarikat-syarikat pengendali platform edagang Shopee Malaysia (Shopee) dan Lazada Malaysia (Lazada) serta syarikat pengendali bayaran ‘e-wallet’ Axiata Digital Ecode Sdn. Bhd. melalui aplikasi Boost.

Peniaga yang berminat bolehlah mendaftar di platform digital https://digital.perak.my/ mulai sekarang. Bagi peniaga yang telah mendaftar S.M.A.R.T Iftar @ Perak, anda boleh terus mendaftar masuk menggunakan log id anda untuk memasarkan produk anda di ‘S.M.A.R.T Niaga@Perak’.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di emel : perakdigital [dot] kperak [at] gmail [dot] com.

S.M.A.R.T NIAGA @ PERAK
KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS