MENU

 

LOGO

NOTIS MAKLUMAN

PEMBUKAAN SATU (1) PAGAR DAN KEBENARAN HANYA SATU (1) WAKIL BAGI SATU KELUARGA SAHAJA BAGI URUSAN PEMBELIAN DI PASAR AWAM MAJLIS DAERAH BATU GAJAH

Di maklumkan bahawa bagi mengelakkan kepadatan semua Pasar Awam di dalam kawasan Majlis Daerah Batu gajah, pihak majlis mengarahkan perkara-perkara berikut dipatuhi :

  1. Hanya satu (1) pintu masuk akan dibuka bagi semua Pasar Awam di dalam Daerah Batu Gajah.
  2. Hanya satu (1) wakil bagi setiap keluarga dibenarkan masuk ke dalam Pasar Awam untuk menjalan urusan pembelian barangan keperluan.
  3. Setiap pembeli harus memastikan jarak selamat sekurang-kurangnya satu (1) meter ketika menjalankan urusan.
  4. Pembeli tidak digalakan untuk mengerumuni meja jualan.
  5. Hanya 30 orang sahaja dibenarkan untuk berurusan dalam satu jangka masa.
  6. Tempoh masa diberikan untuk berurus niaga adalah selama 15 minit (maksima) sahaja.
  7. Hanya dua (2) orang peniaga dibenarkan untuk setiap meja.

Pihak tuan / puan diminta mematuhi arahan ini bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan.

MAJLIS DAERAH BATU GAJAH
JALAN HAJI ABDUL WAHAB 31000 BATU GAJAH PERAK
LAMAN PORTAL : www.mdbg.gov.my
TARIKH : 21 MAC 2O20

 

SOSIAL DISTANCING
KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN JELAS