MENU

 

NOTIS PEMBERITAHUAN

KEPADA PARA PELANGGAN YANG DIHORMATI;

DIMAKLUMKAN BAHAWA BAHAGIAN PELESENAN JABATAN KESIHATAN AWAM DAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN, MAJLIS DAERAH BATU GAJAH TELAH MELAKSANAKAN PENGGUNAAN BORANG SENARAI SEMAK PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN (Borang/MDBG/JKAPP-36) dan BORANG PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN (Borang/MDBG/JKAPP-37) YANG BAHARU SELARAS DENGAN PEMODENAN PELESENAN PERNIAGAAN (MBL) PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI PERAK DALAM MEMASTIKAN PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN DALAM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN. PENGGUNAAN KEDUA-DUA BORANG INI ADALAH BERKUATKUASA PADA TARIKH 23 SEPTEMBER 2019.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PENGGUNAAN BORANG PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN (Borang/MDBG/JP-01(001), BORANG SENARAI SEMAK PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN (Borang/MDBG/JP-01(002), DAN BORANG PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN KELULUSAN SERTA-MERTA (Borang/MDBG/JP-03 DIBATALKAN.

BORANG TERSEBUT KINI BOLEH DIMUAT TURUN DARIPADA LAMAN SESAWANG www.mdbg.gov.my PADA MENU PERNIAGAAN : BORANG PERMOHONAN. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PEGAWAI DI TALIAN 05-3632020-2030 ATAU E-MAIL KEPADA : pelesenan [at] mdbg [dot] gov [dot] my

SEKIAN DIMAKLUMKAN, TERIMA KASIH