MENU

 

LOGO

MAJLIS DAERAH BATU GAJAH

ARAHAN PENUTUPAN PREMIS PERNIAGAAN

KAWASAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH

 

Menerusi perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia mengenai penularan wabak COVID-19 pada 16 MAC 2020 telah menetapkan pelaksanaan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN di bawah AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 dan AKTA POLIS 1967 bermula 18 MAC 2020 SEHINGGA 31 MAC 2020 dalam membendung penularan wabak ini.

Susulan dengan itu, pihak majlis mengarahkan semua pemilik premis MENUTUP operasi perniagaan dan mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan selari dengan Perutusan Khas tersebut merangkumi :

PENJAJA, PASAR MALAM, PASAR PAGI/TANI/HARI, BENGKEL, KEDAI GUNTING, KELAB GOLF, BAR, PUB, KELAB SOSIAL, KELAB MALAM, RUMAH URUT, KEDAI GADGET TELEKOMUNIKASI, KEDAI HARDWARE, KEDAI BAJA, KEDAI RACUN, KEDAI BAJU, KEDAI HANDBAG, KEDAI EMAS, KEDAI KASUT, KEDAI REFLEKSOLOGI, KEDAI NOMBOR EKOR, SPA, GIMNASIUM, PEJABAT URUSAN (SWASTA) serta semua jenis perniagaan yang tidak termasuk di kategori yang dibenarkan untuk beroperasi seperti yang dinyatakan melalui Perutusan Khas.

WARUNG DAN RESTORAN MAKANAN SEGERA boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda.

 

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH BATU GAJAH
17 MAC 2020

PERTANYAAN LANJUT :

PUSAT PENGURUSAN OPERASI NEGARA (PPON)
03-88882010