JEMPUTAN KE PROGRAM ECO GREEN MARKET
Adalah dimaklumkan, Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) akan menganjurkan Program Eco Green Market seperti ketetapan berikut :
Tarikh :11 April 2021 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Pasar Awam, Batu Gajah
Sehubungan itu, seluruh komuniti dalam kawasan pentadbiran dijemput hadir dengan membawa bersama-sama barangan kitar semula untuk ditukarkan dengan barangan keperluan harian. Sedikit usaha kita pada hari ini boleh menjamin kelestarian generasi akan datang.
Sila pastikan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dipatuhi dengan memakai pelitup muka (face mask) dan mengamalkan penjarakan sosial sepanjang program berlangsung demi kesejahteraan kita bersama.
#putuskanrantaianCOVID19
#kitajagakita
#kitamestimenang
#BatuGajahBersihHijauIndah
- Laman Utama
- MDBG
- Rakyat
- Perkhidmatan
- e-Perkhidmatan
- Komuniti & Program
- Peluang Pekerjaan
- E-Participation
- Permohonan Mendapatkan Maklumat
- Perniagaan
- Pelawat
- MAKLUM BALAS