MENU

 

TINDAKAN TEGAS TERHADAP PELAKU YANG MENYEBABKAN PEMBAKARAN TERBUKA SEMASA MUSIM PANAS DAN KERING

 

AMARAN KERAS KE ATAS PELAKU PEMBAKARAN TERBUKA
 
Semua pemilik tanah digesa untuk memantau tanah masing-masing secara rapi terutama di kawasan-kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tanah gambut, kawasan pertanian, ladang, tapak pembinaan, tapak pelupusan sampah( termasuk tapak pelupusan sampah haram), hutan, belukar dan kawasan perindustrian. Pemilik tanah juga dikehendaki mengambil langkah mencegah pencerobohan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka.
 
NASIHAT KEPADA ORANG AWAM
 
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727 dan https://eaduan.doe.gov.my serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian 999. Orang ramai juga boleh menyemak bacaan IPU dan maklumat terkini status kualiti udara melalui laman portal JAS :www.doe.gov.my serta melalui aplikasi telefon pintar "MyIPU".