MENU

Sejarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah melancarkan penubuhan Institut Usahawan Belia (IUB) di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor pada 23 Mac 1979 dan pada tahun 1986 IUB telah dipindahkan ke Jalan Sturrock Ipoh dengan menyewa sebuah bangunan milik kerajaan Negeri Perak dan dikenali sebagai Institut Bina Usahawan (IBU). Pada tahun 1993 semua pusat latihan belia di bawah KBS telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Institut Keusahawan Belia Negara (IKBN).

Pada tahun 1996 tapak Institut Keusahawanan Belia Negara (IKBN), Ipoh telah diambil alih kerajaan negeri untuk projek pembangunan negeri. Oleh itu IKBN Ipoh telah diarah oleh KBS supaya berpindah ke Kompleks Belia dan Sukan negeri Perak. Pada awal tahun 2000 IKBN Ipoh telah ditukar nama kepada Institut Keusahawanan Belia (INSKEB). Dalam usaha mencapai matlamat wawasan Negara. KBS telah mencadangkan pembinaan sebuah kompleks di satu kawasan seluas 237 ekar di atas lot 30804, 51433 dan 57625, Mukim Belanja di Daerah Kinta, Perak. Projek yang bernilai RM47 juta ini telah bermula pada 23 Julai 2003 dan dijangka siap pada 22 Julai 2005.

INSKEB telah disusun semula dan secara rasmi telah dinamakan sebagai Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) pada tahun 2006 oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Dato’ Azalina binti Dato’ Othman Said pada 17 Julai 2006. Pada Ogos 2006 APBM telah memulakan operasi di kompleks baru yang terletak di Km. 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut, 31560 Siputeh, Perak dan dikenali sebagai Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah.

Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah 31000 Batu Gajah , PK
Malaysia
Phone: 05-3657072
4° 26' 40.1028" N, 100° 59' 46.2948" E
Perak MY
Category: