Sejarah Local Agenda 21
- Pada Jun 1992, seramai 178 Ketua Negara (termasuk Malaysia) telah menghadiri satu persidangan kemuncak Bumi Bangsa – Bangsa di Rio De Janerio, Brazil untuk menyediakan satu pelan tindakan dunia bagi pembangunan mampan.Pelan ini dikenali sebagai Agenda 21 – satu agenda untuk mencapai pembangunan mampan di Abad 21.
- Pelan Pembangunan Mampan Agenda 21 mengandungi 40 Bab .Bab 28 adalah mengenai inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyokong Agenda 21 berbunyi: "disebabkan banyak masalah disyorkan dalam Agenda 21 berakar umbi daripada aktiviti tempatan, penyertaan dan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan merupakan faktor penentu dalam memenuhi objektifnya"
- Pihak Berkuasa Tempatan diminta mengambil satu pendekatan positif dalam melaksanaan Agenda 21 ke arah pembangunan mampan peringkat tempatan.
Pengenalan Local Agenda 21
Apa Itu Local Agenda 21?
- Secara ringkas Local Agenda 21 ialah satu program untuk masyarakat, sektor swasta & Pihak Berkuasa Tempatan.
- Ketiga elemen utama bekerjasama untuk merancang & menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan.
- Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global. Angka "21" menandakan abad ke-21.
- Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan.
- Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" masing-masing.
Objektif Local Agenda 21
- Mendedahkan masyarakat dan sektor swasta tempatan kepada isu-isu pembangunan mampan dan Local Agenda 21.
- Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama.
- Merumuskan strategi dan pelan tindakan Local Agenda 21.
- Melaksanakan pelan tindakan Local Agenda 21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan.
- Mengguna pakai pendekatan dan pelaksanaan di setiap PBT.
Ciri-Ciri Pembangunan Mampan
- Alam Sekitar
- Pembangunan yang mengambil kira akibat kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan kesihatan.
- Kesaksamaan Sosial
- Perolehan dan kawalan sumber yang lebih wajar.
- Ekonomi Manusia
- Pembangunan sosial dan ekonomi yang membantu masyarakat memenuhi keperluan asas.
- Masa Hadapan
- Sebarang keputusan tidak merosakkan atau menjejaskan kepentingan generasi akan datang.
- Penyertaan
- Seluruh masyarakat terlibat.
- Tindakan Tempatan / Impak Global
- Pembangunan tempatan yang menyunting kepada resolusi isu global.
Ciri-Ciri Local Agenda 21
- Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama.
- Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan (consensus).
- Melibatkan masyarakat tempatan.
- Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini.
- Mewujudkan rangka kerja pemantauan dan laporan perkembangan projek.
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan.
Faedah Local Agenda 21
Sebagai Individu :
- Pendapat anda diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup anda.
- Pihak berkuasa tempatan yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan-keperluan anda.
- Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi.
- Meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar anda.
Sebagai Persatuan atau Syarikat :
- Meningkatkan imej pertubuhan anda sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.
- Menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama dari pihak-pihak berkepentingan yang lain.
- Peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar kawasan anda bersama-sama dengan pihakberkuasa tempatan.
- Peluang untuk memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang ada kesan kepada alam sekeliling dan kualiti hidup masyarakat tempatan.
Sebagai Wakil Kerajaan :
- Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan. akan membawa manfaat kepada semua.
- Mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan (consensus), keberkesanan dan kecekapan, kebertanggungjawaban (accountability) dan wawasan strategik.