MENU

 

Bagaimanakah Kaedah Memohon Lesen Perniagaan?

Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Komposit yang boleh didapati di Kaunter Pelesenan MDBG atau muat turun borang tersebut di laman web MDBG di www.mdbg.gov.my. Pemohon dikehendaki menyatakan jenis perniagaan yang hendak dijalankan di dalam borang bersama-sama dokumen lain semasa mengemukakan permohonan. Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Kaunter Pelesenan bersama bayaran proses dan slip pengesahan penerimaan permohonan lesen akan dikeluarkan sebagai rujukan. Semua keputusan permohonan akan diberitahu melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

 

Bagaimanakah Kaedah Permohonan Lesen Penjaja?

Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Komposit yang boleh didapati di Kaunter Pelesenan MDBG atau muat-turun borang tersebut di laman web MDBG di www.mdbg.gov.my. Pemohon akan diberi penerangan mengenai syarat-syarat dan garis panduan permohonan lesen penjaja MDBG sebelum mengemukakan borang permohonan lesen. Permohonan yang menepati kehendak dan garis panduan MDBG akan diterima setelah menjelaskan bayaran proses dan slip penerimaan permohonan akan dikeluarkan untuk rujukan. Pemohon akan dipanggil untuk temuduga bagi permohonan lesen penjaja statik dan beredar serta keputusan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

 

 

Hubungi Kami :

Tel : 05 - 363 2020

Fax : 05 - 366 5930

 

Alamat :

Bahagian Pelesenan,

Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran,

Majlis Daerah Batu Gajah,

Jalan Haji Abdul Wahab,

31000 Batu Gajah,

Perak Darul Ridzuan.

 

Emel : pelesenan[at]mdbg[dot]gov[dot]my

Pegawai : Azlin Nora Binti Muhd Nazeri