MENU

Latar Belakang Unit Audit Dalam

Unit Audit Dalam Majlis Daerah Batu Gajah Diwujudkan Mulai 1 Julai 2010 Adalah Bertanggungjawab Untuk Memastikan Kawalan Dalaman Majlis Sentiasa Dipertingkatkan Dengan Membuat Beberapa Penilaian Serta Kajian Ulangan Ke Atas Operasi-Operasi Dan Rekod-Rekod Majlis.

Unit Ini Adalah Satu Unit Berasingan Yang Ditubuhkan Di Bawah Kuasa Pentadbiran Dan Bertanggungjawab Sepenuhnya Kepada Ketua Agensi Bermaksud Tuan Yang Dipertua Dan Setiausaha Majlis.

Objektif Unit Audit Dalam

  • Unit Audit Dalam Merupakan Satu Fungsi Bebas Yang Memberi Kepastian Dan Khidmat Perunding Secara Objektif Untuk Menambah Nilai Dan Mempertingkatkan Tahap Operasi Majlis.
  • Objektif Unit Audit Dalam Adalah Untuk Membantu Majlis Mencapai Matlamatnya Melalui Pendekatan Yang Sistematik Dan Berdisiplin Untuk Menilai Dan Menentukan Keberkesanan Semua Proses Kawalan Dan Tadbir Urus.
  • Unit Audit Dalam Bertanggungjawab Bagi Menjalankan Audit Pematuhan (Pengurusan Kewangan) Dan Audit Prestasi.
  • Audit Pematuhan (Pengurusan Kewangan) Merangkumi Pemeriksaan Terhadap Sistem Kewangan, Kawalan Dalamann Dan Rekod Kewangan Untuk Menentukan Sama Ada Perbelanjaan, Hasil, Aset Dan Stor Dan Sebagainya Telah Diurus Mengikut Undang-Undang Peraturan Dan Arahan Yang Berkaitan.
  • Audit Prestasi Pula Merangkumi Penilaian Terhadap Aktiviti Sesebuah Organisasi Untuk Menentukan Matlamatnya Telah Tercapai Dan Sumber Digunakan Secara Berhemat, Cekap Dan Berkesan.

Objektif Kualiti Unit Audit Dalam

  • Memastikan Rancangan Audit Tahunan Disediakan Serta Diluluskan Selewat-Lewatnya Pada 31 Januari Tahun Semasa.
  • Memastikan Laporan Tahunan Disediakan Serta Diperakukan Selewat- Lewatnya Pada 30 Mac Tahun Berikutnya.
  • Memastikan Proses Auditan Dijalankan Berdasarkan Kepada Rancangan Audit Tahunan Atau Arahan Pihak Pengurusan (Audit Khas) Dari Masa Ke Semasa.
  • Memastikan Pelaksanaan Serta Laporan Audit Khas Disiapkan Dalam Tempoh 21 Hari Bermula Dari Tarikh Arahan Diterima Daripada Yang Dipertua / Setiausaha.
  • Memastikan Memo Kepada Auditi Dihantar Sekurang-Kurangnya 3 Hari Sebelum Proses Auditan Mula Dijalankan Bagi Program Pengauditan Berdasarkan Rancangan Audit Tahunan.
  • Mengeluarkan Memo Peringatan Terhadap Teguran / Pertanyaan Audit Yang Belum Dijawab Dalam Tempoh 14 Hari Dari Tarikh Akhir Jawapan / Maklumbalas Perlu Diserahkan Oleh Auditi.
  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit Majlis Daerah Batu Gajah Sekurang-Kurangnya 4 Kali Setahun / Arahan Pengurusan.

Dasar Kualiti Unit Audit Dalam

Unit Audit Dalam Adalah Komited Kepada Pengauditan, Kajian Serta Laporan Yang Berkualiti Dan Profesional Selaras Dengan Keperluan Pengurusan Majlis Dari Semasa Ke Semasa

Fungsi Audit Dalam

  • Mengkaji Tahap Pematuhan Kepada Segala Dasar, Undang–Undang, Peraturan Dan Arahan Yang Berkuatkuasa
  • Mengkaji Aktiviti Organisasi Diuruskan Secara Berhemat, Cekap Dan Berkesan
  • Mengkaji Aset Dan Kepentingan Organisasi Dilindungi Dari Segi Kehilangan, Penipuan Dan Penyelewengan
  • Memberi Nasihat/Pandangan Mengenai Kawalan Dalaman Terhadap Semua Sistem Termasuk Ict
  • Melaporkan Kepada Pihak Pengurusan Hasil Pengauditan Dan Mengambil Tindakan Susulan Terhadap Perkara Yang Dibangkitkan
  • Menyediakan Rancangan Audit Tahunan Dan Laporan Audit Tahunan Untuk Kelulusan Pihak Pengurusan
  • Membentangkan Laporan Audit Dalam Di Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun.

Visi

Untuk Menjadi Penyumbang Utama Ke Arah Meningkatkan Keberkesanan Proses Tadbir Urus Serta Pengurusan Kewangan Yang Berakauntabiliti.

Misi

Melaksanakan Pengauditan Secara Profesional Dan Bebas Bagi Mencapai Visi Untuk Meningkatkan Keberkesanan Proses Tadbir Urus Serta Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan Di Majlis Daerah Batu Gajah.

Piagam Pelanggan

  • Kami Berjanji Untuk Membantu Meningkatkan Mutu Pengurusan MDBG Ke Tahap Yang Lebih Teratur Dan Berkesan Melalui Kajian-Kajian, Pemeriksaan, Penilaian Dan Laporan Ke Atas Peraturan, Prosedur Serta Operasi Secara Objektif.
  • Kami Akan Memastikan Tindakan Penyiasatan Dan Pemeriksaan Audit Dijalankan Secara Profesional Berdasarkan Kepada Rancangan Audit Tahunan Atau Arahan Pihak Pengurusan Dari Semasa Ke Semasa.
  • Mengemukakan Laporan Audit Yang Adil, Objektif Dan Tepat.
  • Menyediakan Laporan Tahunan Pada Masa Yang Ditetapkan.
  • Menjalankan Tindakan Audit Susulan Terhadap Kesempurnaan Dan Pencapaian Prestasi Apabila Diperlukan.