line
Logo


LOGO MDBG

JUSTIFIKASI LOGO MAJLIS DAERAH BATU GAJAH

Simbol/Warna

Justifikasi

Rasional Logo

Logo ini menggambarkan paduan kecemerlangan warga Majlis Daerah Batu Gajah dan rakyat Batu Gajah keseluruhannya dalam merealisasikan misi, visi dan moto mereka.

Warna Kuning

Warna Diraja yang melambangkan daerah Batu Gajah di bawah naungan Kesultanan Perak

Warna Putih

Melambangkan kesucian dan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh MDBG iaitu bekerjasama, amanah, komited dan berintergriti

Juga melambangkan kebersihan alam sekitar

Warna Hitam

Melambangkan keteguhan dan dedikasi warga MDBG dalam melaksanakan tanggungjawab

Warna Merah

Melambangkan keberanian yang dimiliki oleh warga MDBG dalam memikul setiap tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan misi dan visi yang dibentuk

Warna Biru Muda

Melambangkan kesepakatan dan kerjasama yang wujud antara warga MDBG dalam merealisaikan misi dan visi MDBG

Warna Biru Pekat

Melambangkan perpaduan muhibah perbagai kaum

Gabungan Warna Kuning, Putih dan Hitam

Merupakan warna rasmi bendera negeri Perak

Perkataan Majlis Daerah Batu Gajah

Pengenalan kepada Majlis Daerah Batu Gajah

Perkataan Jawi Majlis Daerah Batu Gajah

Peranan MDBG dalam memelihara warisan dan nilai sejarah

Lengkungan Perkataan MUDAH CEPAT BERKESAN

Merupakan moto MDBG iaitu Mudah, Cepat dan Berkesan. Gabungan moto ini akan membawa misi dan visi MDBG kearah kecemerlangan

Lengkungan perkataan Mudah Cepat Berkesan seperti bentuk senyuman menggambarkan kecemerlangan MDBG dalam mutu perkhidmatan

Bentuk bulatan

Azam dan tekad MDBG dalam merealisasikan visi dan misi mereka

Bentuk kubah masjid

Melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negeri dan persekutuan

Melambangkan amalan agama Islam yang menjadi tunjang/asas kepada kesejahteraan rakyat dan kesuburan bumi di daerah Batu Gajah

Bentuk tingkap bangunan Kellie's Castle di tengah-tengah logo

Merupakan bentuk senibina tingkap bangunan Kellie's Castle yang merupakan salah satu bangunan peninggalan sejarah di Batu Gajah

Bentuk bunga Ixora Coccinea berwarna merah di kiri dan kanan logo

Merupakan bunga rasmi MDBG Ixora Coccinea atau Bunga Siantan/Jejarum

Susunan bunga dari bawah ke atas menggambarkan kerjasama erat penduduk daerah Batu Gajah dalam menyokong agenda pembangunan MDBG ke mercu kejayaan

 

Bentuk gear bergigi berwarna merah

Simbol aktiviti kejuruteraan, kerja raya, perindustrian dan perdagangan disekitar daerah Batu Gajah

Bentuk 2 manusia bergandingan tangan dan 2 manusia menjulang tangan ke atas antara satu sama lain

Simbol kerjasama erat antara warga MDBG dan rakyat Batu Gajah

Bentuk  2 manusia berganding tangan membawa maksud peranan warga MDBG dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada rakyat di kawasan Batu Gajah

Manakala bentuk 2 manusia menjulang tangan membawa maksud peranan rakyat di kawasan Batu Gajah dalam membantu warga MDBG melaksanakan visi, misi dan objektif utama MDBG

Bentuk anak panah merah, biru pekat dan biru muda yang menuju keatas dalam lingkungan simbol tangan 4 manusia

Membawa maksud MDBG kearah kecemerlangan sebagai sebuah organisasi yang berwibawa, berdaya maju dan inovatif di dalam pentadbiran dan perkhidmatan, perbandaran yang cekap, berkesan dan komited kepada penduduk serta kawasan di bawah pentadbirannya.

Bentuk bangunan MDBG di tengah-tengah lingkungan simbol tangan 4 manusia

Melambangkan pusat pentadbiran dan nadi pembangunan dan kecemerlangan daerah Batu Gajah

Merupakan simbol kejayaan dan wawasan warga MDBG dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan

Bentuk seperti gelungan molekul atom berwarna merah dan biru pekat di antara anak panah ke atas

Membawa maksud kemajuan MDBG sering dengan kemajuan sains dan teknologi 

Bentuk air bertakung seperti kawasan perlombongan dan bentuk kapal korek di sebelah kiri

Merupakan identiti bandar Batu Gajah sebagai bandar bekas kawasan perlombongan.