Carta Organisasi Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG)
Fungsi Utama Bahagian Teknologi Maklumat :
- Pentadbiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan pengurusan komunikasi ICT MDBG
- Pengurusan dan pembangunan sistem dan aplikasi ICT MDBG
- Pengurusan Rangkaian dan Teknikal ICT MDBG
Aktiviti Bagi Fungsi-Fungsi Utama
Pentadbiran ICT dan pengurusan komunikasi ICT MDBG :
- Merancang hala tuju ICT MDBG dengan mewujudkan dan melaksanakan Pelan Strategik ICT MDBG dan Dasar Keselamatan ICT MDBG
- Merancang, membangun, melaksana dan memantau serta memastikan laman web dan perkhidmatan online MDBG sentiasa dikemaskini
- Merangka dan menjayakan program latihan ICT
- Menjadi urus setia mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan ICT
Pengurusan dan pembangunan sistem dan aplikasi ICT MDBG :
- Merancang, melaksana dan memantau sistem ICT Persekutuan dan Negeri
- Merancang dan membangun serta melaksanakan perolehan sistem ICT mengikut keperluan MDBG
- Menyelenggara sistem ICT yang digunapakai di MDBG
- Menguruskan akses kepada sistem ICT yang digunapakai di MDBG
Pengurusan Rangkaian dan Teknikal ICT MDBG :
- Melaksanakan penyelenggaraan peralatan ICT mengikut keperluan
- Merancang dan melaksanakan penyelenggaraan pencegahan
- Merancang keperluan dan melaksana jaringan rangkaian ICT MDBG
- Memantau dan menyelenggara jaringan rangkaian ICT MDBG
- Menguruskan pusat penyimpanan / pengurusan data digital dan bilik pelayan (server)
- Memberi khidmat nasihat perolehan peralatan ICT
- Menguruskan inventori peralatan ICT gantian