- JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN
- Memastikan aktiviti pemotongan rumput dan pembersihan longkang sentiasa dilaksanakan dengan baik dan mencapai tahap prestasi 95% ke atas.
- Memastikan aktiviti pemungutan dan pengangkutan sampah dan sisa buangan lain dalam kawasan Majlis Daerah Batu Gajah (Zon A – Simpang Pulai), (Zon B – Siputeh/Tronoh), dan (Zon C – Lahat) dilaksanakan mengikut spesifikasi kontrak dan mencapai tahap prestasi 95% ke atas.
- JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA
- Memberi kelulusan kebenaran merancang pemajuan tanah (pelan susunatur skim perumahan, perindustrian, pertanian dan perdagangan) dalam tempoh 57 hari (bagiperkara nombor 15 – Lampiran A Piagam OSC) atau 108 hari (bagi perkara nombor 8, 9, 13 & 14 – Lampiran A Piagam OSC) atau 7 hari setelah Mesyuarat Jawatankuasa OSC bersidang) serta mematuhi garis panduan perancangan.
- Untuk memastikan proses permohonan tukar syarat tanah diuruskan di dalam tempoh 25 hari dengan syarat ianya mematuhi kehendak garis panduan perancangan.
- Prosedur ini adalah bertujuan untuk memastikan kelulusan pelan-pelan Kebenaran Merancang Pemajuan Bangunan mematuhi peraturan dan menepati kehendak-kehendak yang telah ditetapkan di dalam undang-undang dan garis panduan perancangan dalam tempoh 108 hari (bagi perkara no. 8 & no. 13 – LampiranA Piagam OSC) serta surat kelulusan dalam tempoh 7 hari setelah Mesyuarat Jawatankuasa OSC bersidang
- Memastikan proses kelulusan permohonan kebenaran merancang penubuhan tadika/taska/pusat jagaan dilaksanakan di dalam tempoh 57 hari serta mematuhi garis panduan perancangan.
- UNIT UNDANG-UNDANG
- Untuk memastikan setiap kes pendakwaan Akta 333 dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk semakan dan kebenaran mendakwa dalam tempoh 60 hari bekerja
- Untuk memastikan tindakan pewartaan Undang-undang Kecil atau Perintah atau Kaedah atau Peraturan atau Pindaan Undang-Undang Kecil dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh 60 hari bekerja sebelum dibentang dalam Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Batu Gajah.
- Untuk memastikan setiap kes pendakwaan Akta 171, 172 dan 133 dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk semakan dan kebenaran mendakwa dalam tempoh 90 hari bekerja.