MENU

 

PIAGAM PELANGGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

 

  1. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Merupakan cerminan barisan hadapan penjawat awam dimana orang awam melihat perkhidmatan yang disediakan oleh penjawat awam diterjemahkan melalui PBT. Pernyataan komitmen secara bertulis atau satu jaminan yang diberikan oleh sesebuah jabatan atau organisasi terhadaot produk atau perkhidmatan untuk pelanggannya mengikut standart kualiti yang telah ditetapkan adalah definisi umum bagi piagam pelanggan untuk semua jabatan. Piagam Pelanggan haruslah bersifat dinamik dan boleh ditambah baik dengan mengambil kira faktor-faktor dalaman dan luaran yang mampu mencorak halatuju PBT selaras dengan era pendigitalan pada masa kini. Bagi PBT pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan dan pelbagai aspek termasuk ekonomi sosial teknologi maklumat persekitaran dan sebagainnya mempunyai nilai tertentu di mata orang awam. Dalam usaha ke arah penyelarasan Piagam Pelanggan PBT, sebanyak 26 piagam telah dikenalpasti yang merupakan perkhidmatan teras satu "core business" disamping perkhidmatan-perkhidmatan yang lain iaitu perkhidmatan pembersihan kawasan PBT, Cukai Taksiran, pembangunan insfrastruktur sewaan aset PBT, pengeluaran lesen dan khidmat pelanggan piagam pelanggan PBT ini telah ditetapkan berdasarkan dua kriteria berikut iaitu :-
     
    • Permohonan diproses setelah dokumen lengkap diterima; dan
    • KIraan tempoh adalah berdasarkan hari bekerja (kecuali piagam yang tertakluk kepada Manual OSC 3.0 plus)
       
  2. Piagam pelanggan Pihak Berkuasa Tempatan telah diselaraskan mengikut 6 kategori utama antaranya perkhidmatan pembersihan kawasan PBT. Lazimnya, perkhidmatan ini mendapat tumpuan yang tinggi dalam kalangan orang awam kerana ia adalah rutin harian dalam kawasan kompaun PBT. Kekerapan bagi aktiviti kutipan sampah, pembersihan longkang , pemotongan rumput dan selenggara tanah lapang telah ditetapkan dalam kontrak bersama konsensi bagi menjamin keberkesanan dalam menguruskan perkhidmatan ini.
     
  3. urusan Cukai Taksiran adalah salah satu perkhidmatan teras PBT dan turut menjadi antara pendapatan utama bagi semua PBT. Kelulusan kadar cukai taksiran pada tahun semasa telah ditetapkan pada tahun sebelumnya setelah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Namun, pihak pembayar cukai boleh membuat bantahan terhadap kadar cukai taksiran dan mendapatkan keputusan selepas 60 hari dari tarikh surat bantahan dihantar ke PBT bagi PBT yang bertaraf daerah, manakala 90 hari bagi PBT yang bertaraf Perbandaran dan Bandaraya.