Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Arkib Berita

15 May 2024
Tg. Tualang 15/5/24- Memahami denyut nadi komuniti peniaga dalam kawasan pentadbiran merupakan aspirasi pentadbiran kerajaan negeri Perak.

Menerusi inisiatif sesi libat urus bersama peniaga, kini peniaga di sepanjang laluan jalan besar Tg. Tualang telah ditempatkan ke Dataran Niaga Tanjung Tualang (tapak pasar malam/pagi). Sepanjang tempoh penyediaan lokasi baru pastinya terdapat isu yang menyukarkan peniaga pada peringkat awal. Menerusi siri perbincangan bersama , YB Bavani Veraiah, ADUN Malim Nawar telah memberi bantuan kepada peniaga agar kelangsungan perniagaan dapat berjalan lancar.

Melalui Program Serahan Sumbangan yang telah berlangsung pada hari ini, semua peniaga telah menerima sumbangan menerusi wakil YB ADUN Malim Nawar. Pentadbiran ini merakam penghargaan diatas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini.

Ayuh memberi sokongan kepada peniaga di Dataran Niaga Tanjung Tualang
07 May 2024
Batu Gajah - 6 Mei 2024 (Isnin) Majlis Daerah Batu Gajah telah selesai diaudit bagi penetapan pencapaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB PBT).

Menerusi pengauditan ini, pastinya terdapat banyak ruang penambahbaikan yang wajar dilaksana bagi memastikan kualiti perkhidmatan dan pembangunan seiring dengan keperluan komuniti setempat.

Semoga keputusan yang diperoleh dapat memastikan Majlis Daerah Batu Gajah berada pada landasan yang tepat serta memberi impak positif kepada komuniti secara keseluruhan
 
06 May 2024
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Parlimen Teluk Intan telah diadakan pada hari ini 3 Mei 2024 bertempat di Dewan Bandaran Teluk Intan. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Tuan Nga Kor Ming.
MDBG turut serta dalam Majlis ini dengan membuka gerai dengan menyediakan juadah istimewa dan telah dipilih sebagai pemenang bagi pertandingan gerai paling unik. Syabas dan tahniah diucapkan.
03 May 2024
Tanjung Tualang 3 Mei 2024 - Sebuah inisiatif Majlis Daerah Batu Gajah dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti peniaga dengan melaksana sesi libat urus bagi penambahbaikan di atas isu berkaitan peniaga. Kerjasama yang baik antara YB ADUN Malim Nawar Pn. Bavani Veraiah, Ahli Majlis, agensi kerajaan dalam daerah, peniaga dan Majlis Daerah Batu Gajah telah mencapai kata sepakat bagi penyelesaian isu di lapangan.

Semoga usaha ini dapat memberikan keselesaan kepada peniaga yang terlibat. Sebagai makluman bersama, peniaga di tapak niaga Jalan Besar Tg. Tualang (berhadapan pejabat Pos) telah dipindahkan ke Dataran Niaga Tanjung Tualang (tapak Pasar Malam & Pagi).Tujuan utama tindakan adalah berkaitan keselamatan bersama peniaga dan pelanggan serta memastikan penyediaan tapak niaga yang lebih kondusif. Sokongan berterusan komuniti amat kami hargai.

Untuk sebarang aduan/maklum balas/cadangan, boleh melayari pautan atas talian SISPAA di https://perak.spab.gov.my.

#BatuGajahBandarBertuah

 
19 April 2024

Pasukan Projek DDMS 2.0, Jabatan Digital Negara (JDN) hadir memberikan sesi latihan dan pelaksanaan DDMS 2.0 kepada Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) yang telah diadakan pada 16 dan 17 April 2024 di Bilik Alamanda, Aras 1, MDBG.

Sesi ini turut dihadiri oleh TPr. Encik Andri Arif, Setiausaha MDBG. Sebagai makluman, MDBG merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Perak dan PBT ketiga di Malaysia yang melaksanakan inisiatif DDMS 2.0 ini.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada MDBG atas sokongan dalam mentransformasikan pengurusan rekod secara digital.

19 April 2024
19 April 2024- Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) telah menerima undangan daripada Camfil Malaysia Sdn. Bhd. untuk mengadakan Program Kitar Semula melalui Program Eco Green Market (E-Waste) pada 18 April 2024. Program ini menyasarkan kutipan barangan kitar semula kategori elektronik untuk ditukarkan kepada barangan keperluan harian.

MDBG juga turut merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih atas undangan dan sambutan yang diberikan. Diharapkan pendekatan seperti ini dapat menjadikan persekitaran kita lebih bersih dan mesra alam.

Semoga program seperti ini dapat dipraktikkan dan diamalkan secara berterusan.
 
27 March 2024

Batu Gajah, 27 Mac 2024 - bertempat di kawasan letak kereta, pejabat utama Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) telah diadakan Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak melibatkan warga MDBG.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi di mana semua warga MDBG telah mula bergotong royong bersama-sama untuk menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk sehinggalah proses memasak.

Program diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara warga MDBG. Majlis selesai dengan jayanya dengan agihan bubur lambuk buat semua warga MDBG sempena bulan yang mulia.

25 March 2024
Lawatan ini bertujuan untuk memberi galakan dan advokasi perkara-perkara yang berkaitan dengan keusahawanan kepada para peniaga bazar ramadan. Selain itu juga mendekatkan lagi agensi keusahawanan dengan para usahawan yang berniaga di bazar ramadan ini.

Diharapkan lawatan ini sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan kepada para usahawan di masa akan datang ke arah membentuk komuniti Batu Gajah yang lestari.

 

20 March 2024
Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) mengambil berat akan masalah anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan Batu Gajah. Sehubungan itu, sebuah operasi telah dilaksana di kawasan Pusing, Simpang Pulai dan Tronoh.

Komuniti penduduk di bawah pentadbiran MDBG disarankan untuk melesenkan haiwan peliharaan merujuk kepada undang-undang kecil pelesenan anjing. Kepatuhan perundangan dan penjagaan sempurna haiwan ini pasti memberi keselesaan kepada rakan komuniti yang lain dalam sesebuah lokaliti.

Sebarang aduan / cadangan / permohonan boleh dibuat menerusi sistem atas talian SISPAA di https://perak.spab.gov.my/eApps/system/index.do
 
20 March 2024
Batu Gajah (17 Mac 2024) - Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Bernadette's Convent.

Majlis Daerah Batu Gajah memberi sokongan dalam setiap program pembangunan komuniti setempat. Program ini menyasarkan pembersihan dan kekemasan kawasan padang sekolah bersama PIBG serta pihak pengurusan Sekolah .

Semoga bantuan yang diberikan dapat memberi keselesaan kepada murid dan tenaga pengajar ke arah membentuk komuniti yang lestari pada masa akan datang.

Panduan pelaksanaan program di peringkat komuniti boleh dimuat turun dibawah.
Kebersihan alam sekitar tanggungjawab bersama!

 

Garis Panduan Area Officer

  • Utama
  • Informasi
  • Arkib
  • Arkib Berita
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 16/05/24 • Jumlah Pelawat : 21286973