KEJOHANAN BOLA JARING MAKSAK PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2023
Sukacita dimaklumkan bahawa MAKSAK Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Daerah Batu Gajah akan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring MAKSAK Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 07 Julai 2023 (Jumaat
Masa : 8.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : Gelanggang Bola Jaring, Pusat Kecemerlangan Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jalan temenggung Off Jalan Pasir Puteh, 31560 Ipoh, Perak
klik pautan di bawah untuk muat turun Borang Penyertaan dan syarat-syarat kejohanan tersebut untuk rujukan semua pihak.