Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT KHAS TAHUN BARU 2023

13 JANUARI 2023 (JUMAAT) -  Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Khas Tahun Baru 2023. Bacaan Yasin dan doa ini telah dipimpin oleh Encik Mohd Norzaid bin Othman daripada Unit Undang-Undang.

Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengajak seluruh warga MDBG bermunajat dan memohon kerahmatan serta perlindungan Allah SWT agar dipelihara, dilindungi dan dipermudah segala urusan pada tahun baharu 2023. Turut serta dalam majlis ini ialah Tuan Setiausaha, Encik Shahiri bin Tan dimana beliau telah menyampaikan tazkirah ringkas berkaitan kepentingan sabar dan syukur dalam agama dan kehidupan.

Beliau mengingatkan warga MDBG untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri dan mutu kerja serta sabar dalam menghadapi segala ujian kehidupan serta mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT. Nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi pada hari ini perlulah dijaga kerana ia adalah daripada usaha keras para sahabat dan golongan selepas daripada mereka bagi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini.

Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang istimewa kepada orang-orang yang sabar berdasarkan Firman-Nya:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak terkira”. [al-Zumar:10]

Sekalung ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja MDBG yang telah hadir sekaligus menjayakan majlis bacaan Yasin ini. Semoga doa dan bacaan Yasin tersebut dapat diangkat sebagai amal soleh tanda kita bersyukur dan bersabar atas apa jua ketentuan Allah SWT dalam menjalani kehidupan ini.

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 29/03/24 • Jumlah Pelawat : 21287021