Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Merupakan cerminan barisan hadapan penjawat awam dimana orang awam melihat perkhidmatan yang disediakan oleh penjawat awam diterjemahkan melalui PBT. Pernyataan komitmen secara bertulis atau satu jaminan yang diberikan oleh sesebuah jabatan atau organisasi terhadap produk atau perkhidmatan untuk pelanggannya mengikut standard kualiti yang telah ditetapkan adalah definisi umum bagi piagam pelanggan untuk semua jabatan. Piagam Pelanggan haruslah bersifat dinamik dan boleh ditambah baik dengan mengambil kira faktor-faktor dalaman dan luaran yang mampu mencorak halatuju PBT selaras dengan era pendigitalan pada masa kini. Bagi PBT pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan dan pelbagai aspek termasuk ekonomi sosial teknologi maklumat persekitaran dan sebagainnya mempunyai nilai tertentu di mata orang awam. Dalam usaha ke arah penyelarasan Piagam Pelanggan PBT, sebanyak 26 piagam telah dikenalpasti yang merupakan perkhidmatan teras satu "core business" disamping perkhidmatan-perkhidmatan yang lain iaitu perkhidmatan pembersihan kawasan PBT, Cukai Taksiran, pembangunan insfrastruktur sewaan aset PBT, pengeluaran lesen dan khidmat pelanggan piagam pelanggan PBT ini telah ditetapkan berdasarkan dua kriteria berikut iaitu :-

  • Permohonan diproses setelah dokumen lengkap diterima; dan

  • Kiraan tempoh adalah berdasarkan hari bekerja (kecuali piagam yang tertakluk kepada Manual OSC 3.0 plus)

Piagam pelanggan Pihak Berkuasa Tempatan telah diselaraskan mengikut 6 kategori utama antaranya perkhidmatan pembersihan kawasan PBT. Lazimnya, perkhidmatan ini mendapat tumpuan yang tinggi dalam kalangan orang awam kerana ia adalah rutin harian dalam kawasan kompaun PBT. Kekerapan bagi aktiviti kutipan sampah, pembersihan longkang , pemotongan rumput dan selenggara tanah lapang telah ditetapkan dalam kontrak bersama konsensi bagi menjamin keberkesanan dalam menguruskan perkhidmatan ini.

Urusan Cukai Taksiran adalah salah satu perkhidmatan teras PBT dan turut menjadi antara pendapatan utama bagi semua PBT. Kelulusan kadar cukai taksiran pada tahun semasa telah ditetapkan pada tahun sebelumnya setelah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Namun, pihak pembayar cukai boleh membuat bantahan terhadap kadar cukai taksiran dan mendapatkan keputusan selepas 60 hari dari tarikh surat bantahan dihantar ke PBT bagi PBT yang bertaraf daerah, manakala 90 hari bagi PBT yang bertaraf Perbandaran dan Bandaraya

Hal ehwal  pembangunan adalah sinonim dengan PBT selain agensi-agensi kerajaan yang lain. Selain PBT telah mempunyai Rancangan Tempatan Daerah (RTD) mengikut jangkamasa tertentu yang diwartakan bagi merancang pembangunan dalam kawasan PBT  mengikut kesesuaian kawasan dan konsep pembangunan PBT itu sendiri. Justeru, bagi mendapatkan kebenaran merancang mengikut skala kecil dan sederhana daripada PBT, perkhidmatan ini telah dipiagamkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Garis Panduan Manual OSC 3.0 Plus yang telah dipekelilingkan oleh MMK di negeri Perak bermula hujung tahun 2020.

Perkhidmatan sewaan aset-aset PBT  seperti padang dan dewan turut dipiagamkan kerana ia merupakan perkhidmatan sosial yang menyumbang kepada pembangunan aktiviti kemasyarakatan dalam kawasan PBT. Tempoh masa yang diselaraskan daripada 30 hari kepada 3 hari sudah pasti memberikan impak positif terhadap imej PBT itu sendiri.

Pengeluaran Lesen-lesen  yang disediakan oleh PBT antaranya lesen perniagaan premis berisiko dan tidak berisiko, lesen papan iklan, lesen anjing antara perkhidmatan menjadi tumpuan utama orang awam dan turut menjana pendapatan PBT itu sendiri. Semua jenis pengeluaran lesen yang dinyatakan kecuali lesen perniagaan premis yang berisiko boleh dikeluarkan dalam masa satu (1) hari sahaja tertakluk kepada syarat lengkap dokumen diterima oleh PBT. Perkhidmatan ini adalah antara perkhidmatan yang bersifat dinamik dan telah disesuaikan dengan konsep pendigitilan pada masa kini.

PBT juga merupakan antara penjawat awam yang paling mahir perkhidmatanya kepada orang awam dan pelanggan daripada pelbagai latar belakang. Aspek khidmat pelanggan perlu berada di tahap yang baik supaya segala urusan melibatkan pelanggan memenuhi keperluan mereka. Justeru, pengurusan aduan dan urusan pembayaran di kaunter dipiagamkan supaya ia sentiasa mewujudkan peluang kepada PBT untuk memperbaiki mutu perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang awam.

  • Utama
  • Korporat
  • Piagam Pelanggan
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 10/05/24 • Jumlah Pelawat : 21286970