Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

MS ISO 9001:2015

Pada tahun 2010, Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) telah berjaya mendapat Pensijilan MS ISO 9001:2008 pada 20 ogos 2010.

Pada 18 Julai 2022, MDBG telah berjaya memperbaharui Pensijilan MS 9001:2015. No. Pensijilan QMS 02227. Tempoh sah laku sehingga 19 Ogos 2025.

::DASAR KUALITI::

  • "MDBG KOMITED UNTUK MENYAMPAIKAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN YANG MUDAH, CEPAT DAN BERKESAN SELARAS DENGAN PELAN STRATEGIK MDBG SERTA MEMATUHI KEPERLUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 DAN LAIN-LAIN KEPERLUAN SECARA BERTERUSAN".
  • YANG DILULUSKAN
    (MOHAMAD RAZIF BIN RAMLI)
    Yang Dipertua
    Majlis Daerah Batu Gajah

:: OBJEKTIF KUALITI ::

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
Memastikan penjawat awam Majlis Daerah Batu Gajah menghadiri sekurang-kurangnya 3 hari latihan/ kursus mengikut kompetensi berdasarkan jawtan selaras dengan fungsi jabatan.
JABATAN PERBENDAHARAAN
  1. Memastikan kutipan tunggakan mencapai 50% setahunan.
  2. Untuk memastikan pencapaian tahunan 80% bayaran yang dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dokumen sokongan lengkap dikemukakan dan mengikut Arahan Perbendaharaan yang berkuatkuasa.
  3. mastikan pencapaian tahunan sehingga 80% pengeluaran Pesanan Kerajaan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dokumen sokongan lengkap dikemukakan dan mengikut Arahan Perbendaharaan yang berkuatkuasa
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
  1. Untuk memastikan nilai tahunan ditentukan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas lawat periksa SLM/CF/sokongan CCC dijalankan dan pengeluaran notis makluman nilai tahunan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas ditetapkan penilaian.
  2. Untuk memastikan proses pindahmilik yang lengkap dibuat dalam tempoh 5 hari bekerja.
  3. Untuk memastikan bayaran sewaan dibayar 100% sebelum Dewan Bandaran, Arena Square dan Dataran Orkid digunakan kecuali daripada Agensi Kerajaan yang membuat bayaran secara pesanan tempatan,
JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN
  1. Memastikan aktiviti pemotongan rumput dan pembersihan longkang sentiasa dilaksanakan dengan baik dan mencapai tahap prestasi 95% ke atas.
  2. Memastikan aktiviti pemungutan dan pengangkutan sampah dan sisa buangan lain dalam kawasan Majlis Daerah Batu Gajah (Zon A – Simpang Pulai), (Zon B – Siputeh/Tronoh), dan (Zon C – Lahat) dilaksanakan mengikut spesifikasi kontrak dan mencapai tahap prestasi 95% ke atas.
JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA
  1. Memberi kelulusan kebenaran merancang pemajuan tanah (pelan susunatur skim perumahan, perindustrian, pertanian dan perdagangan) dalam tempoh 57 hari (bagiperkara nombor 15 – Lampiran A Piagam OSC) atau 108 hari (bagi perkara nombor 8, 9, 13 & 14 – Lampiran A Piagam OSC) atau 7 hari setelah Mesyuarat Jawatankuasa OSC bersidang) serta mematuhi garis panduan perancangan.
  2. Untuk memastikan proses permohonan tukar syarat tanah diuruskan di dalam tempoh 25 hari dengan syarat ianya mematuhi kehendak garis panduan perancangan.
  3. Prosedur ini adalah bertujuan untuk memastikan kelulusan pelan-pelan Kebenaran Merancang Pemajuan Bangunan mematuhi peraturan dan menepati kehendak-kehendak yang telah ditetapkan di dalam undang-undang dan garis panduan perancangan dalam tempoh 108 hari (bagi perkara no. 8 & no. 13 – LampiranA Piagam OSC) serta surat kelulusan dalam tempoh 7 hari setelah Mesyuarat Jawatankuasa OSC bersidang
  4. Memastikan proses kelulusan permohonan kebenaran merancang penubuhan tadika/taska/pusat jagaan dilaksanakan di dalam tempoh 57 hari serta mematuhi garis panduan perancangan.
UNIT UNDANG-UNDANG
  1. Untuk memastikan setiap kes pendakwaan Akta 333 dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk semakan dan kebenaran mendakwa dalam tempoh 60 hari bekerja
  2. Untuk memastikan tindakan pewartaan Undang-undang Kecil atau Perintah atau Kaedah atau Peraturan atau Pindaan Undang-Undang Kecil dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh 60 hari bekerja sebelum dibentang dalam Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Batu Gajah.
  3. Untuk memastikan setiap kes pendakwaan Akta 171, 172 dan 133 dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk semakan dan kebenaran mendakwa dalam tempoh 90 hari bekerja.
JABATAN PENGUATKUASAAN

  1. Untuk memastikan rondaan halangan tempat awam dijalankan di 100 lokasi dalam sebulan.
  2. Untuk memastikan pemeriksaan premis perniagaan dijalankan di 100 premis dalam sebulan
  3. Untuk memastikan kompaun tempat letak kereta dikeluarkan sebanyak 600 kompaun sebulan

BAHAGIAN PELESENAN
  1. Memastikan permohonan Lesen Premis Perniagaan (Kategori Berisiko) diproses dan diselesaikan dalam tempoh 30 hari bekerja.
  2. Memastikan semua permohonan penamatan lesen pernigaan diambil tindakan dalam tempoh 30 hari bekerja.
  3. Memastikan proses, kelulusan dan pengeluaran lesen bagi kategori tidak berisiko (perniagaan terpilih) dilaksanakan serta merta.
  4. Memastikan permohonan lesen iklan jangka pendek diproses secara teratur serta diberi kelulusan segera.
JABATAN KEJURUTERAAN
    • PROJEK PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
      1. Memastikan kerja-kerja infrastruktur dan aset majlis berada di dalam keadaan yang memuaskan
         
    • KAWALAN BANGUNAN
      1. Memproses permohonan kelulusan pelan bangunan (rumah sesebuah, skim perumahan, perindustrian dan komersial) dalam tempoh piagam yang telah ditetapkan seperti dilampiran serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
      2. Memastikan surat beserta pelan kelulusan (rumah sesebuah, skim perumahan,perindustrian dan komersial) disediakan dalam tempoh 7 hari setelah Mesyuarat Jawatankuasa OSC bersidang.
UNIT PUSAT SEHENTI

Untuk memastikan semua jenis permohonan yang diterima di kaunter OSC diselesaikan   mengikut tempoh piagam yang ditetapkan.

Nota:   Tempoh piagam bagi setiap permohonan adalah berbeza-beza mengikut kategori seperti di Lampiran A.

BAHAGIAN LANDSKAP
  1. Untuk memastikan permohonan kelulusan pelan landskap diberi dalam tempoh 57 hari selepas semua syarat-syarat dipatuhi.
  2. Memastikan penyelenggaraan landskap dilaksanakan di setiap 6 lokasi tetap secara berjadual.
  3. Memastikan penyelenggaraan pokok teduhan dilaksanakan mengikut jadual bagi 23 zon dalam setahun.
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

12.1    Memastikan penyelenggaraan peralatan ICT secara berkala melibatkan  komputer dan pencetak penjawat awam MDBG dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

12.2      a) Memastikan urusan penyelenggaraan / pembaikan peralatan
                 komputer dilaksanakan mengikut prosedur, tempoh bagi
                 penyelenggaraan dalaman (minor) dilaksanakan sekurang-kurangnya  dalam 1 atau 2 hari bekerja

             b) Memastikan penyelenggaraan dalaman (major/kritikal) dilaksanakan                  sekurang-kurangnya dalam tempoh 7 hari bekerja bergantung kepada                  kecukupan peralatan dan bekalan / alat ganti.

             c) Memastikan penyelenggaraan oleh pihak luar dilaksanakan sekurang-
                 kurangnya dalam 14 hari bekerja bergantung kepada keupayaan                  
                 pihak tersebut.

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM

Untuk memastikan aduan awam diambil tindakan dalam tempoh 15 hari bekerja.

  • Utama
  • Informasi
  • MS ISO 9001:2015
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 10/05/24 • Jumlah Pelawat : 21286969