29 Januari 2023 | 29 Januari 2023-Sedang berlangsung kaunter kutipan hasil Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) di Surau Al-Ikhlas Bandar Pulai Jaya bermula jam 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
Komuniti penduduk berhampiran yang ingin menjelaskan pelbagai bayaran berkaitan MDBG boleh terus ke lokasi berkenaan untuk melaksana urusan.
![]() ![]() Jom kitar semula! Sayangi bumi kita
![]()
|
29 Januari 2023 | 28 Januari 2023 - Majlis Daerah Batu Gajah mengambil berat kerisauan komuniti penduduk akibat masalah haiwan merayau. Oleh itu, satu operasi telah dilaksana di sekitar Taman Batu Gajah Perdana (Hadapan Petronas).
Pentadbiran ini sentiasa akan melaksana penguatkuasaan secara konsisten bagi mengurangkan masalah haiwan liar ini.
Tuan / puan boleh melayari pautan atas talian SISPAA di https://perak.spab.gov.my bagi sebarang aduan / cadangan / maklum balas.
|
20 Januari 2023 | BATU GAJAH, 19 Januari 2023, Setiausaha Majlis Daerah Batu Gajah, Tuan Shahiri bin Tan secara rasmi telah meninggalkan pejabat beliau di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) buat kali terakhir setelah berkhidmat dengan MDBG selama hampir 11 tahun.
Beliau yang akan bersara wajib bermula pada Februari depan, mengimbas cap jari perakam waktu tepat jam 5.00 petang sebagai tanda bagi mengakhiri tugas beliau sebagai Setiausaha di MDBG dengan diiringi oleh Tuan Yang Dipertua MDBG serta disaksikan oleh warga MDBG.
Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan;
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.
Terima kasih, dan selamat bersara diucapkan!
|
20 Januari 2023 | 19 Januari 2023-Majlis Daerah Batu Gajah melalui Jabatan Perancang Bandar dan Landskap, Jabatan Kejuruteraan dan Bangunan, Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran telah melaksana sesi turun padang di beberapa lokasi aduan di sekitar Batu Gajah.
Sebarang aduan / cadangan dan maklumbalas boleh dilakukan menerusi sistem atas talian SISPAA di https://perak.spab.gov.my. Rujuk panduan libat urus komuniti menerusi pautan atas talian di https://www.mdbg.gov.my/index.php/informasi/terkini/garis-panduan-libat-urus-bersama-komuniti-tahun-2021-2023
|
20 Januari 2023 | 19 Januari 2023-Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan Majlis Daerah Batu Gajah telah melaksana OPS Cantum di sekitar Persiaran Medan Pusing. Operasi ni merangkumi semua aspek Pematuhan dari segi Penguatkuasaan, Pelesenan Tred,Halangan Tempat Awam,Aduan Awam serta mempromosikan Aplikasi Park@Perak serta Sewa Petak Letak Kereta.
|
18 Januari 2023 | Bengkel Klasifikasi Fail dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia telah diadakan pada 16-17 Januari 2023 di D Hotel Seri Iskandar. Tenaga pengajar dan fasilitator bengkel ini terdiri daripada Puan Norazilah binti Daud, Pegawai Arkib HQ Arkib Negara Malaysia, dan Encik Saifurnizam bin Ya'Akob, Penolong Pengarah ANM Negeri Perak, Arkib Negara Malaysia.
Tujuan utama bengkel ini diadakan bagi menambah dan memperluaskan pengetahuan pegawai mengenai pengurusan fail dan memperkemaskan sistem klasifikasi fail yang sedia ada di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG). Seramai 35 orang kakitangan MDBG daripada pelbagai jabatan/unit telah terlibat di dalam bengkel ini. Antara objektif utama pelaksanaan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail adalah:
1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan sistem dan klasifikasi fail kerajaan
2. Sebagai langkah awal untuk menyediakan klasifikasi fail yang menepati Panduan Pembangunan Klasifikasi Fail Pejabat Awam yang disediakan oleh Arkib Negara Malaysia.
3. Mengemaskini dan membangunkan Sistem Klasifikasi Fail Urusan Am dan Fungsi yang baru;
4. Mengetahui syarat – syarat umum Klasifikasi Fail dalam DDMS 2.0 dan;
5. Memberi kefahaman dan membantu dalam penyediaan Jadual Pelupusan Rekod sebagai pra-syarat perlaksanaan DDMS.
Arkib Negara Malaysia telah mengenal pasti klasifikasi fail berdasarkan fungsi sebagai kaedah yang paling sesuai untuk diamalkan oleh pejabat awam di Malaysia.
Kaedah ini dapat menyediakan keseragaman di seluruh sektor awam dalam cara rekod diwujudkan, disimpan dan digunakan di samping memudahkan pencapaian maklumat dan perkongsian maklumat. Penyediaan klasifikasi fail fungsian ini juga merupakan salah satu pra-syarat dalam pelaksanaan penggunaan aplikasi pengurusan rekod elektronik. Dalam hal ini, MDBG terus berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui penambahbaikan dan sistem pengurusan fail yg lebih cekap dan teratur
|
18 Januari 2023 | 14 Januari 2023-Program gotong-royong bersama penduduk Taman Timah Jaya membuka tirai tahun 2023.Atas permintaan penduduk, Majlis Daerah Batu Gajah(MDBG)bersama agensi dan komuniti penduduk berganding bahu membersihkan ruang dewan serta padang permainan taman tersebut.
Selain gotong-royong, MDBG turut membuka kaunter kutipan hasil bagi memudahkan komuniti melaksana pelbagai pembayaran.
Sebarang aduan / cadangan dan maklumbalas boleh dilakukan menerusi sistem atas talian SISPAA di https://perak.spab.gov.my
Rujuk panduan libat urus komuniti menerusi pautan atas talian di https://www.mdbg.gov.my/.../garis-panduan-libat-urus...
|
14 Januari 2023 | 13 JANUARI 2023 (JUMAAT) - Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Khas Tahun Baru 2023. Bacaan Yasin dan doa ini telah dipimpin oleh Encik Mohd Norzaid bin Othman daripada Unit Undang-Undang.
Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengajak seluruh warga MDBG bermunajat dan memohon kerahmatan serta perlindungan Allah SWT agar dipelihara, dilindungi dan dipermudah segala urusan pada tahun baharu 2023. Turut serta dalam majlis ini ialah Tuan Setiausaha, Encik Shahiri bin Tan dimana beliau telah menyampaikan tazkirah ringkas berkaitan kepentingan sabar dan syukur dalam agama dan kehidupan.
Beliau mengingatkan warga MDBG untuk sentiasa berusaha memperbaiki diri dan mutu kerja serta sabar dalam menghadapi segala ujian kehidupan serta mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT. Nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi pada hari ini perlulah dijaga kerana ia adalah daripada usaha keras para sahabat dan golongan selepas daripada mereka bagi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini.
Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang istimewa kepada orang-orang yang sabar berdasarkan Firman-Nya:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak terkira”. [al-Zumar:10]
Sekalung ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja MDBG yang telah hadir sekaligus menjayakan majlis bacaan Yasin ini. Semoga doa dan bacaan Yasin tersebut dapat diangkat sebagai amal soleh tanda kita bersyukur dan bersabar atas apa jua ketentuan Allah SWT dalam menjalani kehidupan ini.
|
07 Januari 2023 | 5 Januari 2023-Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan Majlis Daerah Batu Gajah telah melaksana OPS Cantum di sekitar Jalan Pusing, Batu Gajah. Operasi ni merangkumi semua aspek Pematuhan dari segi Penguatkuasaan, Pelesenan Tred,Halangan Tempat Awam,Aduan Awam serta mempromosikan Aplikasi Park@Perak serta Sewa Petak Letak Kereta.
Hasil dari OPS Cantum sebanyak 26 premis telah diperiksa dan 4 daripadanya telah memperbaharui lesen serta merta dengan membayar secara atas talian dan tunai. Sebanyak 2 tawaran kompaun dan 1 notis dikeluarkan dibawah pekeliling Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Majlis Daerah Batu Gajah menyarankan supaya peniaga-peniaga dapat memperbaharui lesen dengan kadar segera bagi menggelakkan tindakan kompaun dikenakan.
|
07 Januari 2023 | 5 Januari 2023-Pemantauan dan tindakan melalui sesi turun padang telah dilaksana bagi mneyelesaikan isu pembakaran terbuka di kawasan tersebut.
Semua komuniti penduduk di bawah pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah disaran agar tidak membuat sebarang aktiviti pembakaran secara terbuka berikutan cuaca yang tidak menentu disebabkan peralihan monsun (panas dan kering).
|