PENDAFTARAN DAN MEMPERBAHARUI KONTRAKTOR DI MAJLIS DAERAH BATU GAJAH

NOTIS PEMBERITAHUAN
PENDAFTARAN DAN MEMPERBAHARUI KONTRAKTOR DI MAJLIS DAERAH BATU GAJAH
Jabatan Kejuruteraan kini sedang dalam proses menyelaras dan mengemaskini Senarai Pendaftaran kontraktor/pembekal yang sediada di Majlis Daerah Batu Gajah ini.
Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran dan memperbaharui pendaftaran kontraktor/pembekal bagi tahun 2023 dibuka pada 3 Januari 2023 sehingga 31 Mac 2023.
Sehubungan dengan itu, Pihak kontraktor/pembekal dikehendaki menyediakan bersama dokumen berikut
i. Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
ii. Salinan Sijil Perakuan (PKK) dan Taraf Bumiputera
iii. Salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia (CIDB)
iv. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat (Kementerian
Kewangan Malaysia)
– Bagi Syarikat Pembekal Sahaja
v. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera
(Kementerian Kewangan Malaysia)
- Bagi Syarikat Pembekal Sahaja
vi. Bayaran Pendaftaran sebanyak RM 52.00 bagi tempoh Dua (2)
Tahun
Selepas tarikh berkenaan, semua pendaftaran kontraktor/pembekal di Majlis Daerah Batu Gajah adalah tidak akan diterima/diproses sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Mana- mana kontraktor/ pembekal yang gagal membuat pendaftaran dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Majlis adalah tidak layak untuk menyertai kerja - kerja Sebutharga/ Kerja Undi / Tender yang akan diiklankan oleh Majlis Daerah Batu Gajah kelak.
Sekian, Terima kasih.