Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Cukai Taksiran

APAKAH ITU CUKAI TAKSIRAN?

Cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti :

  • Bangunan kediaman, perniagaan, perusahaan dan tanah kosong yang terletak didalam kawasan Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).
  • Bangunan-bangunan milik kerajaan dan Badan Berkanun juga dikenakan cukai tetapi ia disebut Carum Membantu Kadar
BAGAIMANA CUKAI TAKSIRAN DIKENAKAN?

Ia dilakukan melalui proses nilaian berpandukan nilai tahunan dan kadar peratus yang diwartakan."Nilai Tahunan" ertinya anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika ia disewakan.

BAGAIMANA PEMBAYARAN HARUS DILAKUKAN

Pembayaran boleh dibuat secara tunai, kad kredit dan cek di kaunter pembayaran MDBG atau pun kaunter pembayaran di mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam Negeri Perak. Selain itu, pembayar juga boleh menjelaskan cukai melalui pos secara cek, Maybank2u, kiriman wang pos ataupun bank draf.

TEMPOH PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN AM

Cukai Taksiran boleh dibayar dua kali setahun iaitu pada atau sebelum 28 Februari bagi ½ tahun pertama dan pada atau sebelum 31 Ogos bagi ½ tahun kedua. Sekiranya pemilik ingin membayar cukai setahun mereka bolehlah membayar sebelum 28 Februari bagi tahun berkenaan.

BILAKAH BIL-BIL DIHANTAR?

Bil Cukai Taksiran akan dihantar kepada pemilik selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan Januari untuk ½ tahun pertama dan juga selewat-lewatnya minggu kedua bulan Julai untuk ½ tahun kedua. Jika bil-bil tersebut tidak diterima di dalam bulan tersebut maka pemilik bolehlah datang sendiri di bahagian Penilaian, Majlis Daerah Batu Gajah. Pemilik yang tidak menerima bil terbaru dikehendaki membawa bil lama untuk semakan nombor Akaun Harta dan Alamat Harta.

NOTIS JUALAN ATAU PINDAH MILIK

Mengikut seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (171) 160, apabila sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan dijual atau dipindah milik, pembeli atau penerima perlu membuat pindah milik dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindah milik, notis mengenainya harus diberi kepada pihak berkuasa tempatan dalam Borang I yang boleh didapati di kaunter semakan cukai taksiran di Pejabat Majlis.
Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah salinan geran terkni / surat perjanjian atau Borang 14A berserta resit bayaran di Pejabat Tanah dan Galian, salinan cukai taksiran terkini dan salinan kad pengenalan.

TINDAKAN-TINDAKAN JIKA CUKAI TIDAK DIJELASKAN

Tarikh bayaran untuk mengelakkan denda adalah :
½ tahun pertama mulai 1hb Jan. hingga 28hb. Feb. dan ½ tahun kedua mulai 1hb Julai hingga 31hb Ogos pada setiap tahun.
Pemilik akan dikenakan denda lewat bayaran mengikut seksyen 147(1) Akta 171,1976.
Jumlah wang tunggakan Denda Bayar lewat

BORANG E (NOTIS LEWAT)

Sehingga RM200 - RM20
Melebihi RM200 - RM30
Bayaran penuh perlu dijelaskan selepas 15 hari notis tuntutan dikeluarkan. Jika masih tidak membayar cukai, waran tahanan akan dikeluarkan selaras dengan Akta 171, 1976 seksyen 148(4).

BORANG F (NOTIS WARAN TAHANAN)

Sehingga RM1000 - RM150
Melebihi RM1000 - RM300

BIL-BIL YANG TIDAK DITERIMA

Jika anda tidak menerima/lewat menerima Bil cukai Taksiran, anda perlu membawa bil yang terdahulu ke kaunter semakan cukai taksiran untuk mendapatkan bil yang baru.

ELAUN KEKOSONGAN

Walaupun rumah tidak berpenghuni atau kosong, pemilik diwajibkan membayar cukai taksiran tetapi boleh memohon elaun kekosongan. Pemilik harus mengemukakan surat permohonan elaun kekosongan kepada Majlis.

PERUBAHAN ATAS BANGUNAN/HARTANAH

Pemilik hendaklah memberitahu kepada Majlis sekiranya terdapat perubahan atas bangunan:
• Bangunan dibina tambahan
• Bangunan baru dibina
• Bangunan runtuh
• Bangunan terbakar
• Bangunan diubah ke tempat lain
• Bangunan telah dijual/dipindah milik
Kegagalan memberitahu kepada Majlis akan membebankan kepada pemilik dari segi bayaran cukai taksiran yang dikenakan.

TIDAK MAMPU UNTUK MENJELASKAN TUNGGAKAN

Adakah saya perlu membayar cukai sekiranya rumah yang saya duduki adalah rumah sewa yang mempunyai tunggakan?
Ya, membayar cukai adalah tanggungjawab pemilik rumah. Sekiranya berlaku perkara seperti di atas maka penyewa boleh membayar cukai melalui potongan sewa untuk mengelakkan harta/rumah sewa anda disita.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya jumlah wang tunggakan dalam bil adalah di luar kemampuan saya untuk membayarnya?
Sekiranya bayaran penuh tidak dapat dijelaskan, maka dalam kes-kes tertentu bayaran boleh dilakukan secara ansuran.

CUKAI TAKSIRAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Mengapa cukai taksiran perlu dibayar sedangkan rumah saya tidak menerima sebarang perkhidmatan pengangkutan sampah, kemudahan laluan/jalan, penyediaan lampu jalan, longkang, parit, dan sebagainya oleh Majlis?


Walaupun anda tidak menerima sebarang perkhidmatan dari majlis seperti yang disebutkan di atas, namun membayar cukai tetap menjadi tanggungjawab anda kerana kawasan anda telah diisytiharkan termasuk dalam kawasan bercukai Majlis.

KESALAHAN-KESALAHAN PEMBAYAR CUKAI SEKIRANYA DISABITKAN, DIKENAKAN DENDA TIDAK LEBIH RM 2,000.00 ATAU PENJARA 6 BULAN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.

Dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171, tindakan atas kesalahan-kesalahan berikut:
1. Mengikut Seksyen 140 adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang enggan atau tidak memberi penyata atau maklumat itu dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima notis menghendakinya berbuat demikian atau dengan diketahuinya membuat sesuatu penyata palsu atau memberi maklumat palsu atau tidak betul atau merintangi, menghalang atau menahan pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya daripada memasuki, memeriksa atau mengukur mana-mana pegangan itu.

2. Mengikut Seksyen 160 adalah menjadi satu kesalahan tidak memberitahu Majlis bahawa hartanya telah dipindah milik. Bagi harta yang dijual atau dipindah milik maka kewajipan penjual/pemindah milik dan pembeli/penerima pindah milik dalam tempoh 3 bulan memberi notis dalam Borang 1 atau sekiranya pemunya pegangan (harta) meninggal dunia maka menjadi kewajipan waris memberi notis mengenainya kepada Majlis dalam tempoh 1 tahun selepas kematian.

3. Mengikut Seksyen 161 juga menjadi satu kesalahan sekiranya tidak memberi notis (surat) kepada Majlis sekiranya bangunan dibina semula telah siap/diduduki, bangunan dibina baru telah siap dibesarkan, diubah, dibaiki, diperbaharui atau jika bangunan kosong diduduki semula serta sekiranya bangunan atau sebahagian bangunan telah runtuh atau sesuatu tanah telah diubah syarat/dipecah sempadan

PERKHIDMATAN PEMBAYARAN SECARA ATAS TALIAN

Perkhidmatan Bayaran Secara Atas Talian

    • JomBayo
    • PBTPay
    • JomPAY
      • Cukai Taksiran : 318204
        Kompaun : 497727
        Lesen : 209767
        Sewaan : 789116
        Pelbagai : 876680
      ref 1 : No. Akaun

    ref 2 : No. Telefon

Hubungi Kami

  • Azim Bin Mohd Layani

  • Jabatan Penilaian, Majlis Daerah Batu Gajah, Jalan Haji Abdul Wahab, 31000 Batu Gajah, Perak

  • 053632020

  • 053665930

  • penilaian[at]mdbg[dot]gov[dot]my

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 29/04/24 • Jumlah Pelawat : 21287000