Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Kaunter Pusat Sehenti (OSC)

APAKAH ITU OSC 3.0 PLUS ONLINE?

OSC 3.0 Plus Onlineadalah satu sistem yang dibangunkan bertujuan membantu pihak Principal Submitting Person (PSP) / Submitting Person (SP) untuk mengemukakan permohonan pelan pemajuan secara atas talian, bayaran melalui atas talian (PBTPay) dan membolehkan agensi teknikal mengulas permohonan secara maya serta seterusnya keputusan diperolehi melalui sistem ini. sistem ini turut dilengkapi dengan fungsi real-time tracking status permohonan dan command, control, communications, computers, and intelligence (C4i). Sistem OSC 3.0 Plus Online telah dibangunkan oleh KPKT dengan kerjasama strategik bersama pihak Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ).

APAKAH PERBEZAAN OSC 3.0 PLUS ONLINE DAN SISTEM OSC ONLINE?

Sistem OSC 3.0 Plus Online mampu menggunakan fungsi bayaran secara atas talian dan pengguna hanya perlu mendaftar sekali sahaja untuk mengemukakan pelan pemajuan di mana-mana PBT di Semenanjung Malaysia yang menggunapakai Sistem OSC 3.0 Plus Online.

BAGAIMANAKAH OSC 3.0 PLUS ONLINE BOLEH DICAPAI?

Sistem OSC 3.0 Plus Online boleh dicapai melalui pautan : https://www. osc3plus.kpkt.gov.my dengan menggunakan browser google chrome dan Mozilla Firefox versi terkini.

APAKAH MODUL-MODUL UTAMA OSC 3.0 PLUS ONLINE?

Terdapat 8 modul-modul Utama didalam Sistem OSC 3.0 Plus Online : 

  1. Modul Permohonan
  2. Modul Dashboard
  3. Modul Kelompok Permohonan
  4. Modul Semakan dan Ulasan
  5. Modul Mesyuarat
  6. Modul Laporan
  7. Modul Portal
  8. Modul Projek
SIAPAKAH PENGGUNA UNTUK OSC 3.0 PLUS ONLINE?

 Pengguna Sistem OSC 3.0 Plus Online adalah :

  1. Pemohon (PSP/SP)
  2. OSC
  3. Jabatan Memperaku (ATD)
  4. Agensi Teknikal Dalaman (ATD)
  5. Agensi Teknikal Luaran (ATL)
  6. Pemaju
  7. Pemilik
  8. Pengurusan Tertinggi KPKT
  9. Pengurusan Agensi Teknikal Luaran
APAKAH FORMAT PELAN-PELAN DAN DOKUMEN YANG DIMUATNAIK?

Buat masa ini hanya format PDF fail.

KENAPA DALAM FORMAT PDF DAN BUKAN FORMAT CADD FAIL?

Format fail PDF lebih kecil berbanding Format fail Cadd dan menjimatkan ruang pengkalan penyimpanan data.

ADAKAH HARDCOPY MASIH DIPERLUKAN DALAM MELAKSANAKAN SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE?

Ya. Buat masa ini hardcopy masih diperlukan untuk pihak PSP/SP kemukakan ke kaunter OSC. 

BILAKAH HARDCOPY DIKEMUKAKAN KE UNIT OSC?

Hardcopy hendaklah dikemukakan di kaunter OSC setelah semakan dan menerima notifikasi daripada pihak OSC.

ADAKAH PENDEKATAN DIGITAL SIGNATURE DIGUNAKAN DALAM SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE?

Ya. Walau bagaimanapun fungsi penggunaan Digital Signature masih belum diaktifkan di dalam Sistem OSC 3.0 Plus Online.

BERAPAKAH HARI YANG DIAMBIL OLEH UNIT OSC UNTUK MEMPROSES PERMOHONAN?

OSC akan membuat semakan dalam tempoh 7 hari bermula dari hari pihak PSP/ SP mengemukakan permohonan secara atas talian. Sekiranya segala dokumen lengkap pihak OSC akan memaklumkan PSP/ SP untuk mengemukakan salinan hardcopy dan menjelaskan bayaran sebelum proses pelan pemajuan dikemuakakan kepada ATD/ ATL berkaitan dan seterusnya di bawa bagi pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa OSC di PBT. Tempoh proses bergantung kepada jenis kategori permohonan dan syarat-syarat teknikal dan bukan teknikal telah dipatuhi oleh PSP/ SP.

BERAPA LAMAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG TELAH DIMUATNAIK DISIMPAN DALAM SISTEM SEBELUM PERMOHONAN DIPADAMKAN?

Buat masa ini tiada tempoh simpanan dokumen yang dimuatnaik oleh PSP/SP ditetapkan.

BOLEHKAH PIHAK PEMOHON MENYEMAK STATUS PERMOHONAN DAN KEPUTUSAN MESYUARAT SECARA ONLINE?

Pihak pemohon (PSP/SP) boleh menyemak status permohonan dan keputusan melalui sistem.

MELALUI SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE. BAGAIMANAKAH FI PEMPROSESAN DIURUSKAN?

Pihak OSC akan menjana bil. fi permohonan di dalam sistem dan pihak PSP/ SP boleh menjelaskan pembayaran setelah bil dijana dengan klik pada butang bayar yang terdapat dalam maklumat fi.

BAGAIMANA JIKA SESUATU PERMOHONAN MENGGUNAKAN LUKISAN MANUAL TETAPI INGIN DIHANTAR SECARA ONLINE?

Pemohon hendaklah imbas pelan tersebut dan simpan dalam bentuk format PDF fail.

BAGI PERMOHONAN YANG DIKEMUKAKAN SECARA ONLINE, PERLUKAH PENGEMASKINIAN DIBUAT DI DALAM PORTAL OSC?

Pihak OSC masih perlu mengemaskini permohonan di dalam Portal OSC 3.0.

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA ADA KEPERLUAN UNTUK MERUJUK KEPADA AGENSI TEKNIKAL YANG TIDAK TERSENARAI DALAM SYSTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE?

Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan untuk penambahan Agensi sekiranya terdapat keperluan kepada KPKT untuk dipertimbangkan sebelum agensi tersebut didaftarkan ke dalam sistem.

ADAKAH SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE MENGHADKAN SAIZ FAIL DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN?

Ya. saiz fail PDF yang ingin dimuatnaik adalah tidak melebihi 10 MB.

APAKAH KELEBIHAN OSC 3.0 PLUS ONLINE UNTUK PEMOHON BERBANDING SISTEM OSC ONLINE SEDIA ADA?

Kelebihan sistem OSC 3.0 Plus Online adalah seperti berikut :

1) Pendaftaran Pemohon hanya dilakukan sekali sahaja dan pemohon boleh mengemukakan permohonan di mana-mana PBT berbanding sistem OSC 3 Online lama iaitu pihak pemohon perlu berdaftar disetiap PBT;

2) Sistem OSC 3.0 Plus Online mempunyai fungsi simpanan setiap aktiviti yang dilakukan oleh PSP/SP, Kakitangan OSC, ATD, ATL dan keputusan;

3)Sistem OSC 3.0 Plus Online menyediakan pembayaran secara atas talian dan dikaunter;

ADAKAH SISTEM OSC ONLINE SEDIADA AKAN DITUTUP SEKIRANYA MENERIMA PAKAI SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE?

Sistem OSC Online akan dihentikan untuk pengemukakaan permohonan baru dan hanya permohonan lama dalam proses sahaja yang perlu diselesaikan. Sistem OSC Online akan ditutup bagi mana-mana PBT yang telah selesai semua permohonan lama.

BAGAIMANA PSP/ SP MENGEMASKINI MAKLUMAT AKAUN PENGGUNA SEKIRANYA TERSALAH ISI?

Pihak PSP/ SP boleh mengemaksini maklumat tersebut setelah log masuk ke sistem dan klik pada kemaskini akuan.

BERAPA LAMAKAH MASA YANG DIBERIKAN UNTUK AGENSI TEKNIKAL MEMBERI ULASAN?

Agensi Teknikal hendaklah memberikan ulasan dalam tempoh 14 hari. Sekiranya pihak Agensi Teknikal tidak memberikan ulasan dalam tempoh yang diberikan, maka pihak Agensi Teknikal hendaklah memberikan ulasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC.

BAGAIMANA JIKA TERDAPAT AGENSI TEKNIKAL YANG GAGAL MEMATUHI TEMPOH PIAGAM DALAM MEMBERI ULASAN?

Agensi Teknikal yang gagal memberikan ulasan dalam tempoh 14 hari hendaklah memberikan ulasan semasa Mesyuarat Jawatankuasa OSC.

BOLEHKAH ID PENGGUNA DAN KATALALUAN PSP/ SP YANG SAMA DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN DI LAIN-LAIN PBT YANG MENGGUNAKAN SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE?

Id pengguna dan kata laluan boleh digunakan di mana-mana PBT yang menggunapakai Sistem OSC 3.0 Plus Online.

BOLEHKAH PSP/ SP MELIHAT ULASAN TEKNIKAL YANG TELAH DIMUATNAIK OLEH AGENSI TEKNIKAL?

PSP/ SP hanya akan dapat melihat ulasan teknikal dalam Arahan Bertulis yang dijana oleh Jabatan memperaku bagi permohonan Kebenaran Merancang di aktiviti. Bagi ulasan teknikal permohonan pelan pemajuan lain, Pihak PSP/ SP akan dapat melihat semua syarat-syarat teknikal setelah pihak Urus setia mengedarkan surat pemakluman terperinci di dalam aktiviti.

SEKIRANYA PSP/ SP MEMPUNYAI PELBAGAI PROFESION, BAGAIMANA PSP/ SP INGIN DAFTAR MENGGUNAKAN AKAUN YANG SAMA?

Pihak PSP/ SP boleh mendaftar profesion yang lain dengan mengikut langkah-langkah seperti berikut:

  1. Log masuk
  2. Klik pada label Senarai Syarikat yang terdapat disebelah kiri
  3. Klik butang Daftar Syarikat
  4. Lengkapkan semua maklumat bertanda (*) pilih profesion yang ingin didaftar
  5. Klik hantar
BOLEHKAH PSP / SP MEMADAM SENDIRI PERMOHONAN YANG INGIN DIBATALKAN/ TARIKBALIK SETELAH MENGHANTAR PERMOHONAN KE SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE?

Boleh. Terdapat fungsi bagi memadam permohonan yang ingin dibatalkan namun begitu pihak PSP/ SP hendaklah memaklumkan kepada pihak PBT terlebih dahulu hasrat tersebut. Segala permohonan yang dibatalkan akan menyebabkan semua lampiran dihapuskan di dalam data simpanan dan hanya no.permohonan serta tajuk permohonan yang akan direkodkan di dalam sistem (akrib permohonan dipadamkan).

SEKIRANYA PSP/ SP MEMPUNYAI BEBERAPA SYARIKAT, BAGAIMANA PSP/ SP INGIN MENDAFTAR SYARIKAT KEDUA DAN SETERUSNYA MENGGUNAKAN AKAUN YANG SAMA?

Pihak PSP/ SP boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Log masuk
  2. Klik pada label Senarai Syarikat yang terdapat disebelah kiri
  3. Klik butang Daftar Syarikat
  4. Lengkapkan semua maklumat bertanda (*)
  5. Klik hantar
APAKAH PECAHAN MODUL YANG TERDAPAT DI DALAM PROSES 2 SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE
  • Pengemukaan Permohonan
  • Penerimaan Permohonan
  • Penjanaan Bil dan Pembayaran Atas Talian
  • Edaran ATD dan ATL
  • Penerimaan Ulasan ATD dan ATL
  • Penyelarasan/ Pembentangan Mesyuarat
  • Pemakluman Keputusan Mesyuarat
SEKIRANYA PRINCIPAL SUBMITTING PERSON (PSP) / SUBMITTING PERSON (SP) LUPA KATALALUAN, APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PSP/ SP?

PSP/ SP boleh menetapkan semula kata laluan sekiranya pihak PSP./SP terlupa dengan menekan butang  Lupa Kata Laluan. Sistem akan menghantar pesanan bagi menetapkan semula kata laluan melalui emel.

ADAKAH HARDCOPY MASIH MENJADI KEPERLUAN RASMI?

Pindaan UKBS 1984 yang diluluskan dalam MNKT Ke-78 yang melibatkan keperluan pengemukaan dokumen secara hardcopy juga telah diedarkan kepada Negeri untuk diwartakan dan dikuatkuasakan di PBT

ADAKAH BOLEH MEMUATNAIK DOKUMEN DALAM SATU FAIL YANG TELAH DIZIPKAN?

Setakat ini fungsi tersebut belum disediakan

ADAKAH AGENSI TEKNIKAL MEMBUAT ULASAN DI DALAM SISTEM OSC 3.0 PLUS ONLINE?

Agensi teknikal membuat semakan dan ulasan di dalam Sistem OSC 3.0 Plus Online

ADAKAH ULASAN AGENSI TEKNIKAL DAPAT DILIHAT OLEH PEMOHON?

Ulasan Agensi Teknikal yang telah diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh dikeluarkan kepada pemohon melalui pelaksanaan Arahan Bertulis (Pelan Pemajuan Kebenaran Merancang sahaja)

ADAKAH TAMBAHAN DOKUMEN SOKONGAN BAGI PENDEPOSITAN CCC YANG DISENARAIKAN DALAM MANUAL OSC 3.0 PLUS DIBENARKAN?

Penetapan dokumen tambahan bagi pendepositan CCC yang tidak selaras dengan OSC 3.0 dan OSC 3.0 Plus adalah tidak dibenarkan

BOLEHKAH PENUTUPAN OPERASI PEJABAT DAN TIDAK MENERIMA PERMOHONAN DIBUAT SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)?

Standard Operating Procedure (SOP) OSC Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Khas telah disediakan oleh JKT serta telah diedarkan kepada semua PBT dan agensi teknikal pada April 2020 dan dikemaskini pada Mei 2021 yang mengandungi tatacara dan prosedur yang boleh dilaksanakan sepanjang pelaksanaan tempoh PKP bagi menjalankan proses OSC 3.0 Plus dari Proses 2 hingga Proses 6.

Hubungi Kami

  • Encik Nahirul Nazeli Bin Ismail

  • Unit Pusat Sehenti (OSC),
    Majlis Daerah Batu Gajah,
    Jalan Haji Abdul Wahab,
    31000 Batu Gajah,
    Perak Darul Ridzuan.

  • osc[at]mdbg[dot]gov[dot]my

  • Tel : 05 - 363 2020
    Fax : 05 - 366 5930
mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 29/03/24 • Jumlah Pelawat : 21287021