Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Lesen

Bagaimanakah Kaedah Memohon Lesen Perniagaan?

Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Komposit yang boleh didapati di Kaunter Pelesenan MDBG atau muat turun borang tersebut di laman web MDBG di www.mdbg.gov.my. Pemohon dikehendaki menyatakan jenis perniagaan yang hendak dijalankan di dalam borang bersama-sama dokumen lain semasa mengemukakan permohonan. Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Kaunter Pelesenan bersama bayaran proses dan slip pengesahan penerimaan permohonan lesen akan dikeluarkan sebagai rujukan. Semua keputusan permohonan akan diberitahu melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Bagaimanakah Kaedah Permohonan Lesen Penjaja?

Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Komposit yang boleh didapati di Kaunter Pelesenan MDBG atau muat-turun borang tersebut di laman web MDBG di www.mdbg.gov.my. Pemohon akan diberi penerangan mengenai syarat-syarat dan garis panduan permohonan lesen penjaja MDBG sebelum mengemukakan borang permohonan lesen. Permohonan yang menepati kehendak dan garis panduan MDBG akan diterima setelah menjelaskan bayaran proses dan slip penerimaan permohonan akan dikeluarkan untuk rujukan. Pemohon akan dipanggil untuk temuduga bagi permohonan lesen penjaja statik dan beredar serta keputusan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Sistem eLESEN
Sistem eLesen diperkenalkan sebagai perkhidmatan atas talian (online) bagi memudahkan pengguna awam membuat permohonan lesen, pembaharuan lesen dan fungsi bayaran secara atas talian (online).

Ciri-ciri yang terdapat dalam sistem ini termasuk:
● Permohonan Lesen
● Pembaharuan Lesen
● Pembayaran atas talian (online)
● Cetakan Bil/Lesen
Laman Web Rasmi eLesen : https://elesen.kpkt.gov.my/

Hubungi Kami

  • Azlin Nora Binti Muhd Nazeri

  • Bahagian Pelesenan,
    Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran,
    Majlis Daerah Batu Gajah,
    Jalan Haji Abdul Wahab,
    31000 Batu Gajah,
    Perak Darul Ridzuan.

  • Tel : 05 - 363 2020
    Fax : 05 - 366 5930

  • pelesenan[at]mdbg[dot]gov[dot]my

mygov
mampu
mdec
mdec
mof
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Batu Gajah . Kemaskini : 29/03/24 • Jumlah Pelawat : 21287021