PEMBAYARAN CASHLESS DI KAUNTER MDBG
Bagi memudahkan urusan pelanggan, pembayaran di kaunter Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) pada setiap Selasa dan Rabu dilaksanakan secara cashless. Oleh itu, pembayaran secara tunai tidak diterima pada hari tersebut.
Orang awam boleh membuat pembayaran dengan mudah menggunakan Kad Debit atau Maybank QR Pay. Untuk pembayaran menggunakan kad debit, pelanggan hanya perlu menyentuh atau memasukkan kad ke terminal pembayaran yang disediakan di kaunter.
Bagi pembayaran melalui Maybank QR Pay pula, pelanggan hanya perlu membuka aplikasi perbankan, memilih fungsi Scan QR, mengimbas kod QR MDBG, memasukkan jumlah bayaran dan mengesahkan transaksi. Setelah transaksi berjaya, pembayaran akan direkodkan serta-merta.
Penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai ini lebih mudah, cepat dan selamat, sekali gus membantu melancarkan urusan pembayaran di kaunter.
💳 Kad Debit
📱 Maybank QR Pay
📅 Setiap Selasa & Rabu
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.