SESI PEMILIHAN PEMAIN BOLA JARING MAKSAK PERAK 2026
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Kebajikan & Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Negeri Perak, dengan kerjasama urusetia Majlis Daerah Batu Gajah akan mengadakan Sesi Pemilihan Pemain Bola Jaring MAKSAK Perak bagi menyertai Kejohanan MAKSAK GAMES 2026.
Kejohanan akan berlangsung pada:
21 – 24 Oktober 2026
Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah
JOM SERLAHKAN BAKAT ANDA!
Urus Setia MAKSAK Perak kini membuka peluang kepada bakat-bakat baharu untuk menyertai sesi pemilihan pemain bagi mewakili MAKSAK Perak.
Butiran sesi pemilihan:
Tarikh: 15 September 2026 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Gelanggang Indoor MSN, Ipoh
PENYERTAAN TERBUKA
Pendaftaran adalah terbuka secara individu atau mewakili jabatan.
Penyertaan daripada gabungan pelbagai jabatan juga amat dialu-alukan!
Imbas QR Code untuk mendaftar dan menyertai sesi pemilihan ini.
Tarikh tutup penyertaan: 13 September 2026 (Ahad)
Ayuh rebut peluang ini dan tampilkan bakat serta kemahiran anda!
JOM SERTAI PEMILIHAN MAKSAK PERAK 2026!
Jumpa di sana ya…!!!